18%
25%
50%
75%

Kripkorn Studios | Komuniti Drupal phpBB Malaysia

Validasi XML

Tutorial
XML
Tentang artikel ini
Penulis: parasolx -- Jan 27, 2009
kemas kini Kemas kini: Aug 12, 2011

Menghasilkan dokumen XML sempurna

Dokumen XML yang sempurna mempunyai dan menggunakan sintaks XML yang tepat.

Berikut merupakan pengulangan kepada sintaks XML yang diterangkan dalam bab yang sebelum ini:

  • dokumen XML perlu mempunyai akar (root) elemen
  • elemen XML perlu dibuka dan ditutup tagnya
  • tag XML adalah peka kes (case sensitive)
  • elemen XML perlu dikumpulkan dan diherraki dengan betul
  • nilai atribut XML di quote

Dokumen XML yang sah

Setiap dokumen XML yang sah adalah dokumen XML yang sempurna, yang mana memenuhi syarat Document Type Definition (DTD):

<?xml version="1.0" encoding="ISO-8859-1" ?>
<!DOCTYPE note SYSTEM "Note.dtd">
<nota>
  <kepada>Johnny</kepada>
  <daripada>Parasolx</daripada>
  <tajuk>Peringatan</tajuk>
  <mesej>Jangan lupa temu janji kita hujung minggu ini</mesej>
</nota>

Penyata DOCTYPE dalam contoh di atas, adalah merupakan rujukan kepada DTD luaran. Kandungan fail tersebut dihuraikan di bawah ini.

XML DTD

Tujuan utama DTD adalah untuk mengesahkan setiap struktur dokumen XML tersebut. Ianya mengesahkan setiap struktur dokumen itu dengan menyediakan senarai elemen yang sah:

<!DOCTYPE note [
  <!ELEMENT nota (kepada,daripada, tajuk,mesej)>   <!ELEMENT kepada (#PCDATA)>   <!ELEMENT daripada (#PCDATA)>   <!ELEMENT tajuk (#PCDATA)>   <!ELEMENT mesej (#PCDATA)> ]>

Skema XML

Dokumen XML yang menyokong W3C antara alternatif yang perlu diterapkan selain DTD adalah Skema XML:

<xs:element name="nota">

<xs:complexType>
  <xs:sequence>
    <xs:element name="kepada" type="xs:string"/>
    <xs:element name="daripada" type="xs:string" />
    <xs:element name="tajuk" type="xs:string" />
    <xs:element name="mesej" type="xs:string" />
  </xs:sequence>
</xs:complexType>

</xs:element>
mad