Kripkorn Studios, Komuniti Drupal phpBB Malaysia

Penggunaan XML

Tutorial
XML
Tentang artikel ini
Penulis: parasolx -- Nov 22, 2008
kemas kini Kemas kini: Aug 12, 2011

XML digunakan dalam pelbagai aspek untuk membangunkan sesuatu laman web dan kebiasaanya adalah untuk meringkaskan cara menyimpan dan perkongsian maklumat.

XML mengasingkan data dari HTML

Sekiranya anda ingin menggunakan teknik Dynamic HTML dalam laman web anda, proses mengemas kini fail-fail tersebut akan mengambil masa kerana rumit; anda perlu mengubah setiap satu persatu data yang dimasukkan (melibatkan data yang besar).

Dengan XML, ke semua data-data di simpan berasingan iaitu XML (data) dan HTML (paparan data). Melalui cara ini, anda boleh menumpukan untuk mengemas kini bentuk reka (layout) dan paparan (display) data pada fail HTML sahaja.

Manakala untuk kemas kini data-data, anda hanya perlu mengubah suai fail XML sahaja, tidak perlu melibatkan HTML. Jika anda memasukkan elemen Javascript dalam fail HTML, ia akan menggabungkan data-data dari XML dan dimasukkan dalam HTML untuk dipaparkan secara automatis.

Artikel atau tutorial di atas hanya dipaparkan sebahagian sahaja.
Untuk melihat dan membaca kandungan selanjutnya, sila log masuk ATAU mendaftarkan diri sebagai ahli.