Apa elemen XML?
Elemen XML ialah sebarang yang terkandung dalam dokumen XML termasuklah elemen permulaan hingga elemen penutup.
Setiap elemen boleh merangkumi elemen-elemen yang lain, teks ringkas atau kedua-duanya sekali. Setiap elemen mempunyai atribut tersendiri.
<kedaiperisian>
<perisian category="GRAFIK">
<nama>Adobe Photoshop CS4</nama>
<pengedar>Adobe</pengedar>
<tahun>2008</tahun>
</perisian>
<perisian category="WEB">
<nama>Dreamweaver</nama>
<pengedar>Micromedia</pengedar>
<tahun>2002</tahun>
</perisian>
</kedaiperisian>
Dalam contoh di atas, <kedaiperisian> dan <perisian> merangkumi elemen-elemen yang lain iaitu <nama>, <pengedar> dan <tahun>. Setiap tiga elemen tersebut mempunyai teks tersendiri.
Penamaan elemen
Setiap penamaan elemen XML perlu mengikut peraturan berikut:
- Nama merangkumi huruf, nombor atau aksara lain
- Nama mesti tidak bermula dengan nombor atau tanda bacaan
- Nama mesti tidak bermula dengan aksara xml (Xml atau xML, dll)
- Nama tidak boleh ada ruang.
Cara terbaik untuk penulisan nama
Jadikan nama itu deskriptif. Nama boleh mempunyai menggarisbawahi sebagai pengasing:
<nama_pertama>, <nama_terakhir>
Nama sebolehnya ringkas dan pendek seperti: <tajuk_buku> dan bukan <nama_buku_pameran_yang_ada>
- Elakkan penggunaan sempang "-" kerana sesetengah perisian akan menyalahtafsirkan penggunaan sempang tersebut.
- Elakkan penggunaan noktah "." kerana sesetengah perisian akan menaksirkan penggunaan bahasa dalam pengaturcaraan.
- Elakkan penggunaan semi kolon ":" kerana ia dikhaskan untuk elemen "namespaces" (akan datang).
Elemen XML boleh dikembangkan
Elemen XML boleh dikembangkan untuk membawa lebih maklumat dan data-data.
Perhatikan contoh di bawah ini:
<nota> <kepada>Mawi</kepada> <daripada>Peminat</daripada> <mesej>Jangan lupa konsert minggu ini</mesej> </nota>
Sekarang kita cuba imaginasikan dengan menggunakan perisian tertentu untuk memaparkan ke semua maklumat yang dibawa oleh dokumen XML di atas.
Ucapan
Kepada: Mawi
Daripada: Peminat
Jangan lupa konsert minggu ini
Kemudian, kita anggapkan bahawa tetiba penulis dokumen ingin menambahkan maklumat tambahan terhadap dokumen yang asal seperti yang berikut:
<nota> <tarikh>21 September 2008</tarikh> <kepada>Mawi</kepada> <daripada>Peminat</daripada> <tajuk>Peringatan</tajuk> <mesej>Jangan lupa konsert minggu ini</mesej> </nota>
Sekiranya kita cuba paparkan dalam perisian tadi, adakah ralat akan berlaku?
Jawapannya tidak. Perisian akan berupaya untuk mencari elemen-elemen yang asal walaupun setiap susunannya sudah tidak seperti yang asal tanpa mengeluarkan sebarang ralat atau terhenti prosesnya.



Kemas kini: Aug 12, 2011