18%
25%
50%
75%

Kripkorn Studios | Komuniti Drupal phpBB Malaysia

Perbezaaan antara xHTML dan HTML

Tutorial
XHTML
Tentang artikel ini
Penulis: parasolx -- Jul 31, 2011
kemas kini Kemas kini: Aug 01, 2011

xHTML tidak jauh berbeza dengan kod asas piawai HTML 4.01. Sebagai permulaan kita boleh gunakan mana-mana kod HTML yang ada untuk dijadikan sebagai ulasan dan pembelajaran.

Sebagai tambahan, anda boleh mula menulis kod xHTML dan pastikan setiap tag yang digunakan dalam bentuk huruf kecil (lowercase) dan sentiasa mengamalkan penutup tag (contohnya </p>)

Perkara penting yang membezakan xHTML

  • elemen xHTML perlu dirangkum secara sempurna
  • elemen xHTML sentiasa mempunyai penutup tag
  • elemen xHTML ditulis dengan huruf kecil (lowercase)
  • dokumen xHTML mempunyai satu punca utama

Elemen xHTML perlu dirangkum dalam gugusan yang sempurna

Dalam HTML, sesetengah elemen boleh untuk tidak disusun dan dirangkum dalam gugusan yang betul, sebagai contohnya:

<b><i>Teks ini adalah ditebal dan dicondongkan</b></i>

Manakala dalam xHTML, semua elemen yang digunakan perlu ditulis dalm gugusan yang tepat dan betul seperti ini:

<b><i>Teks ini adalah tebal dan dicondongkan</i></b>

Kebiasaan yang selalu dilakukan oleh penulis kod aturcara dalam kesilapan dalam penggunaan senarai yang mana terlupa untuk menggunakan tag <li> dengan tag penutupnya </li>

Ini adalah salah dalam xHTML:

<ul>
  <li>Google</li>
  <li>Yahoo
    <ul>
      <li>Yahoomail</li>
      <li>Yahoo Document</li>
    </ul>
  <li>Bing</li>
</ul>

Dan ini pula adalah betul:

<ul>
  <li>Google</li>
  <li>Yahoo
    <ul>
      <li>Yahoomail</li>
      <li>Yahoo Document</li>
    </ul>
  </li>
  <li>Bing</li>
</ul>

Perhatikan yang kita telah membetulkan gugusan kod penulisan dengan memasukkan elemen penutup </li> selepas tag </ul> di dalam senarai tersebut.

Elemen xHTML sentiasa mempunyai penutup tag

Elemen yang merangkum satu-satu kandungan perlu mempunyai penutup pada pengakhirannya.

Ini adalah salah:

<p>Ini adalah perenggan pertama
<p>Manakala ini adalah perenggan kedua

Ini adalah betul:

<p>Ini adalah perenggan pertama</p>
<p>Manakala ini adalah perenggan kedua</p>

Elemen tag yang dirangkum kosong juga perlu ditutup

Ini adalah salah:

Baris yang pertama: <br>
Garis pemisah: <hr>
Elemen gambar: <img src="logo.gif" alt="Logo Kripkorn Studios">

Ini adalah betul:

Baris yang pertama: <br />
Garis pemisah: <hr />
Elemen gambar: <img src="logo.gif" alt="Logo Kripkorn Studios" />

Elemen xHTML ditulis dengan huruf kecil

Ke semua tag perlu ditulis dengan huruf kecil untuk mencapai tahap piawai yang ditetapkan.

Ini adalah salah:

<BODY>
<p>Ini adalah contoh satu perenggan</p>
</BODY>

Ini adalah betul:

<body>
<p>Ini adalah contoh satu perenggan</p>
</body>

Dokumen xHTML mempunyai satu punca utama

Ke semua elemen xHTML perlu dirangkum dalam satu gugusan <html> sebagai punca kepada pemula satu-satu dokumen. Manakala setiap anak-anak elemen diguguskan di antaranya. Struktur dokumen asas xHTML adalah seperti ini:

<html>
  <head> ... </head>
  <body> ... </body>
</html>