Dalam membina sesuatu laman web, warna amat berkait rapat dengan psikologi pelayar. Pakar mengatakan penggunaan warna yang sesuai memberikan impak kepada retina mata. Ketidaksesuaian warna menyebabkan retina mata terlepas pandang terhadap info-info penting yang ingin kita sampaikan.
Perkaitan Warna dan Emosi Manusia
Berikut merupakan rumusan perkaitan antara warna-warna dengan gerak hati/perasaan manusia.
| Merah | kekuatan, kelancangan, kegembiraan, ketetapan hati, keinginan, kegagahan | |
| Oren |
bersemangat, ceria, tak terjangkau, perangsang, kreativiti |
|
| Kuning | perhatian, selesa, kegiatan, intelektual, kegirangan, bertenaga | |
| Hijau | kekekalan, jujur, keselamatan, kebenaran, optimisme, harmoni, kenyamanan | |
| Biru | keseimbangan, profesional, kesetiaan, jujur, kehormatan, kepercayaan | |
| Ungu | tenaga, bangsawan, kemewahan, keajaiban, elegan, kesaktian | |
| Kelabu | konservatif, tradisional, kebijaksanaan, keseriusan | |
| Coklat | ketahanan, keselesaan, kasual, ketenteraman, keduniaan | |
| Hitam | elegan, sofisikasi, formal, kekuatan, misteri | |
| Putih | kesucian, asli, corak baru, kebersihan, keamanan, kesederhanaan |
Rumusan di atas sebenarnya tidak mewakili keseluruhan manusia tetapi kajian menunjukan sedikit sebanyak peranan warna dalam melahirkan dan membina emosi seseorang amat berkaitan.
Warna yang dilihat bakal melahirkan suasana tenang atau tegang bergantung kepada gabungan beberapa warna-warna semulajadi. Kuning, merah dan oren berkait rapat dengan pancaran sinaran matahari dan api; biru, hijau dan ungu berkait rapat dgn tumbuhan, air laut dan langit. Warna-warna terang (warm) melahirkan perasaan fokus yang lebih tinggi berbanding warna-warna tenang (cool), tetapi warna-warna menyerlah (vivid ) mampu menenggelamkan warna-warna terang.
Antara tips yang boleh anda gunakan untuk meningkatkan persepsi seseorang dalam melayari keseluruhan laman web anda adalah dengan menggunakan warna-warna terang sebagai latar depan (foreground) dan warna-warna tenang sebagai latar belakang (background).
Pemilihan warna merah bagi tema laman web anda dapat merangsang pelayar untuk membuat keputusan dgn cepat. Kebiasaannya, warna merah paling sesuai digunakan untuk laman-laman web yang berunsurkan perniagaan.
Warna biru pula menghasilkan ketenangan dan keselesaan. Biru sesuai digunakan sekiranya anda merancang untuk membina laman web berunsurkan pendidikan, informasi dan perkongsian pengetahuan. Tetapi, sekiranya biru digabungkan dengan warna terang (kuning, merah) mampu melahirkan suasana kental dan hentakan. Gabungan ini sesuai digunakan bagi laman-laman web yang berunsurkan permainan.
Kuning mampu merangsang meningkatkan aktiviti pemikiran dan sangat berkesan mendapat tumpuan daripada pengunjung. Sekiranya anda berhasrat untuk mengadakan promosi, pastikan anda menggunakan warna kuning.
Hijau, warna yang mendominasi kebanyakan laman-laman web sebenarnya mengakibatkan pengunjung beredar dari laman tersebut. Elakkan penggunaan warna hijau selain laman web anda berkaitan dengan kehidupan dan tumbuh-tumbuhan. Takkan nak letak sumer pokok-pokok warna biru plak kan.
Oren memang selalu dikaitkan dengan remaja dan golongan-golongan muda. Seandainya sasaran anda adalah golongan ini, saya cadangkan agar anda banyak menggunakan warna oren dalam laman web anda.
Warna & Sifat Membeli
Saya pasti, kebanyakan ahli-ahli yang membaca tutorial ini hampir kesemuanya mahu membina laman web untuk memulakan perniagaan internet memandangkan trend sekarang yang tidak memerlukan modal yang besar untuk berjaya... merepek plak...
Okey, daripada pembacaan saya, pakar psikologi mengatakan warna memainkan peranan penting dan hampir 60% menyumbang kepada penerimaan belian sesuatu barang oleh pengunjung atau "reject" terus. Kaji selidik dalam bidang penjualan mengatakan warna mempengaruhi sifat membeli seseorang:
- Merah-oren, hitam & biru diraja - meningkatkan respon pembeli
- Merah jambu, biru muda & biru laut - sesuai bagi pembeli yang merancang dan berjimat cermat
- Merah jambu, ros & biru langit - untuk pembeli tradisional



Kemas kini: Aug 13, 2011