Warna




Warna ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang (atau oleh kandungannya sebagai paduan untuk beberapa panjang gelombang). Julat panjang gelombang nampak untuk cahaya dikenali sebagai spektrum nampak, atau dengan mudah sahaja sebagai spektrum.

Istilah warna boleh juga merujuk kepada sifat objek-objek atau bahan-bahan yang ditentukan oleh jenis panjang gelombang yang dipantul, dihantar, atau dipancar. Biasanya, hanya ciri-ciri kandungan cahaya yang dapat dikesan oleh manusia diambil kira dan oleh itu, warna juga boleh dianggap sebagai satu fenomena psikologi. Pengolahan berbagai-bagai kegunaan istilah ini merupakan tugas utama falsafah semasa.

Oleh sebab persepsi warna berasal daripada kepekaan sel kon dalam retina yang berbeza-beza terhadap bahagian-bahagian spektrum yang berlainan, warna boleh ditakrifkan melalui tahap perangsangan sel-sel itu oleh panjang gelombang cahaya. Fisiologi warna dibincangkan di bawah.

Sains warna kekadang dipanggil kromatik dan termasuk persepsi warna oleh mata dan otak manusia, asal warna dalam bahan-bahan, teori warna dalam bidang seni, serta fizik sinaran elektromagnet dalam julat nampak (iaitu, apa yang kita biasa merujuk dengan mudah sebagai cahaya). Sebagai fenomena persepsi, warna seakan-akan pic dalam pendengaran, walaupun mekanisme-mekanisme pengamatan nada amat berbeza.

Artikel atau tutorial di atas hanya dipaparkan sebahagian sahaja.
Untuk melihat dan membaca kandungan selanjutnya, sila log masuk ATAU mendaftarkan diri sebagai ahli.

Artikel Berkaitan

  • Pembangun laman-laman web, sudah tentu perkara ini selalu bermain-main difikiran anda. Penggunaan warna yang kurang sesuai kadang kala menjadikan sesuatu laman web itu napak janggal dan pelik. Di sini saya tuliskan tip-tip yang sangat berguna untuk pereka laman web dalam bermain dengan warna. ...
  • Jika anda sudah memahami HTML, dan anda ingin mula belajar menggunakan PHP, apa yang anda perlu ialah mempunyai sebuah server sendiri untuk memproses fail-fail PHP anda, berikut adalah teknik yang paling mudah untuk membuat server PHP. Saya akan mengajar anda menggunakan perisian yang lengkap dengan ...
  • Hari ini saya ingin berkongsi dengan semua peminat sentuhan fotografi mengenai satu teknik menghasilkan kesan pancaran cahaya tambahan kepada foto asal. Terlebih dahulu, kita memerlukan foto asal yang mempunyai ciri-ciri tersebut bagi menaikkan suasana kesan tersebut:
    1. mempunyai satu aspek a ...
  • Dalam membina sesuatu laman web, warna amat berkait rapat dengan psikologi pelayar. Pakar mengatakan penggunaan warna yang sesuai memberikan impak kepada retina mata. Ketidaksesuaian warna menyebabkan retina mata terlepas pandang terhadap info-info penting yang ingin kita sampaikan.   ...
  • .bl2 {background: url(http://www.kripkornstudios.com.my/images/bl.gif) 0 100% no-repeat #efae59; width: 20em} .br2 {background: url(
Hubungi kami Memohon tutorial KripStatus Terbaru   Maklum balas Ruangan tetamu