Ruangan pentadbiran Drupal 7: Diperbaharui
Setelah kita berjaya memasang Drupal 7 sama ada di hos web atau localhost, maka kita akan beralih ke ruangan pentadbiran. Ruangan ini perlu anda kenali terlebih dahulu memandangkan ia adalah nadi kepada keseluruhan struktur laman. Sebagai pemilik atau pengendali, ruangan ini boleh dikatakan kritikal yang memerlukan anda fokus terlebih dahulu.
Ruangan pentadbiran perlu diberikan kepada pengguna/...
Dashboard
Pertama, kita akan melihat ruangan Dashboard. Dari maksud perkataan itu sendiri, ruangan ini memberi gambaran secara keseluruhan aktiviti yang berlaku di laman web anda. Ia merupakan pemonitoran berpusat yang boleh diubah suai mengikut selera dan keperluan pengendali sendiri.
Kelebihannya yang fleksibel di mana pengendali sendiri dapat mengatur dan menentukan elemen-elemen yang mahu dipaparkan...
Content
Seterusnya kita beralih ke menu pentadbir yang kedua iaitu Content. Fungsi utama menu dan ruangan ini adalah untuk memaparkan, mengendalikan dan melakukan operasi pukal terhadap kandungan dan komen. Jika dalam D6 sebelum ini, bahagian kandungan dan komen diasingkan. Berbeza dalam D7, ianya digabungkan bersama.
Dalam ruangan ini terdapat dua tab menu yang berfungsi mengasingkan kandungan dan komen...
Structure
Seterusnya kita beralih ke menu pentadbiran ketiga iaitu Structure. Ruangan ini menempatkan fungsi-fungsi yang akan menyedia, memberi dan mengendalikan hal-hal berkaitan dengan struktur laman Drupal. Ia merangkumi empat fungsi utama yang menghidupkan dan menjadi tulang belakang kepada pembangunan dan pengurusan kandungan iaitu:
Appearance
Tidak sah satu-satu sistem pengurusan kandungan sekiranya tiada fungsi untuk menukar, mengendali dan mengawal paparan laman tersebut. Begitu juga dengan Drupal. Pada bahagian menu pentadbiran Appearance membolehkan anda mengawal bentuk dan templat paparan.
Dari versi D5, templat original atau asal didatangkan dalam pakej pemasangan adalah Garland. Dan ianya tetap digunakan dalam D6 hanya...
People
Dalam versi D6, bahagian ini lebih dikenali dengan panggilan Users. D7 merasakan terma atau frasa Users tidak sesuai dan mungkin disalah faham oleh sesetengah pengguna. Oleh itu, pihak komuniti telah bersepakat untuk menggantikannya dengan terma People yang lebih umum dan merujuk kepada golongan pengguna (termasuk golongan pentadbir).
Paparan bahagian ini tidak jauh bezanya dengan D6, masih...
Modules
Ruangan ini adalah yang dinanti-nantikan oleh semua pengguna tidak mengira yang baru atau pengguna Drupal sebelum ini. Satu sistem pengurusan kandungan tidak akan lengkap tanpa kehadiran modul tambahan. Namun, penggunaan modul tambahan sering dikaitkan dengan penggodaman laman web.
Configuration
Ruangan ini merupakan paling kritikal kerana ke semua tetapan dan pengendalian laman Drupal terletak di sini. Bagi memudahkan urusan pentadbiran, setiap konfigurasi yang datang dari Drupal dan modul tambahan diklasifikasikan berdasarkan kepada fungsi utama. Sebagai contoh, kumpulan People menyenaraikan tetapan berkaitan dengan pengguna seperti Account setting (tetapan akaun) dan IP address...
Configuration: People
Dalam bahagian Configuration ini, kita akan cuba mengupas satu per satu konfigurasi yang disediakan dalam pemasangan asas Drupal ini mengikut kumpulan yang disediakan. Untuk makluman anda, kumpulan konfigurasi ini merupakan elemen baru dalam Drupal 7 kerana sebelum ini, dalam D6 klasifikasi tidak diwujudkan langsung sebaliknya ke semuanya dirangkumkan dalam satu paparan sahaja.
Untuk bahagian...
Configuration: Content authoring
Kumpulan Content authoring menjuruskan penetapan yang berkaitan dengan penulisan kandungan. Untuk pemasangan asas Drupal 7, hanya satu sahaja pilihan konfigurasi yang ada dan ianya sangat-sangat penting iaitu Text formats. Dalam Drupal 6, terma yang digunakan adalah Input format.
Text formats
Text format berperanan untuk melakukan dan memproses setiap kandungan yang kita masukkan terutamanya...


