Tutorial berkaitan dengan phpBB versi 3 sahaja.
Pengenalan kepada phpBB
phpBB atau juga dikenali sebagai "php Bulletin Board" merupakan satu perisian Content Management System (CMS) yang tergolong dalam kategori Bulletin Board. Ramai yang tidak mengenali Bulletin Board malah lebih senang dipanggil forum. Hakikatnya kedua-duanya adalah sama.
Forum berbeza berbanding dengan CMS yang lain seperti Drupal, Joomla, Wordpress dan Blogger yang mana forum...
Pemasangan phpBB3
Pemasangan phpBB3 boleh dilakukan sama ada di "localhost" atau di "live server". Saya akan cuba untuk terangkan kedua-duanya secara lengkap.
Pemasangan di Localhost
1. Perlu ada "server". Saya cadangkan supaya anda gunakan WAMP. Jika ingin gunakan XAMPP juga boleh. Tetapi bagi saya WAMP lebih senang untuk difahami antaramukanya. Hidupkan "server" anda....
Administrator Control Panel (ACP)
Seperti mana-mana CMS, phpBB mempunyai sistem pengawalan bersepadu atau "Administrator Control Panel" yang lebih senang dipanggil dengan nama ACP. Ia juga dikenali sebagai "backend" oleh sesetengah orang.
Ruangan ini hanya boleh dimasuki oleh "Founder" (empunye forum) dan ahli-ahli admin yang telah dilantik oleh "founder" sahaja.
A.C.P ini merupakan pusat...
Moderator Control Panel (MCP)
Sekarang kita beralih pula ke bahagian "Moderator Control Panel". Terlebih dahulu kita kenal apakah moderator ini. Moderator atau dengan bahasa senang kita panggil pembantu pentadbir forum. Tugas moderator ini adalah membantu menguruskan forum kita sekiranya komuniti yang dibina adalah amat besar.
Moderator ini hanya boleh dilantik oleh kumpulan admin atau "founder" sahaja....
User Control Panel (UCP)
Kita beralih pula ke ruangan yang sangat terpenting iaitu "User Control Panel" (UCP). Ruangan ini penting kerana ia merupakan ruangan untuk pengguna komuniti yang menghidupkan komuniti anda.
Sebarang pengendali (founder) anda seharusnya menerangkan secara terperinci bidang kuasa dan kebolehan sesuatu forum untuk diubahsuai oleh pengguna menetapi citarasa mereka sendiri. Tutorial kali...
Jenis-jenis Templat
Template merupakan perkara pertama yang selalu difikirkan oleh pengguna yang baru berjinak-jinak dengan phpBB. Sebelum anda pergi lebih jauh, seharusnya anda mengenai terlebih dahulu templat-templat yang sesuai bagi komuniti anda supaya tidak tersilap langkah sehinggalah anda selesai melakukan sebarang perubahan sendiri terhadap templat tersebut.
Semenjak penubuhan pertama phpBB, ia...
Tetapan Rank dan Word Censoring
Ini adalah antara dua perkara yang perlu anda tetapkan ketika anda mula menubuhkan forum yang baru dan sebelum komuniti anda berkembang menjadi lebih besar lagi. Perkara tersebut adalah "rank" atau pangkat di dalam forum dan "word censoring" yang berfungsi untuk menapis perkataan-perkataan yang dilarang digunakan dalam komuniti anda.
Rank
Untuk menetapkannya, log masuk ke...
Menambah topik ikon
Topik ikon merupakan antara fungsi yang boleh diubah suai dalam phpBB3. Topik ikon ini memberikan suasana yang lebih ceria kepada pengguna dan forum untuk menarik minat pengunjung membaca sesuatu topik. Pada asalnya, topik ikon yang didatangkan dengan pemasangan asas mempunyai beberapa ikon sahaja.
Ini adalah antara paparan contoh penggunaan topik ikon pada templat prosilver:
Setiap templat akan...
phpBB3 translasi bahasa Melayu
Kepada pengguna phpBB3 yang ingin melancarkan forum anda dalam bahasa Melayu, di sini kami menyediakan pakej translasi dalam bahasa Melayu sepenuhnya bermula dari hadapan sehingga ke ruangan administrasi.
Kredit: Aviator (penterjemah sebenar)
Mengendali "Attachment" dan "Extension"
"Attachment" atau lampiran merupakan fungsi yang disediakan bagi membolehkan pengguna menyertakan bantuan kepada setiap topik sama ada untuk memberikan keterangan, untuk dimuat turun atau untuk berkongsi.
Antara lain fungsi lampiran ini yang biasa digunakan adalah kemasukkan elemen gambar dalam sesuatu topik.


