Tutorial untuk pembangunan templat dan tema dalam Drupal
Asas templat D6
Di tahap ini, anda sudah memahami secara tegar segala terma-terma yang digunakan dalam Drupal seperti "nodes", "content type" dan beberapa lagi istilah yang biasa digunakan.
Anda juga sudah memahami dengan jelas penggunaan, pemasangan dan pengemaskinian modul tambahan untuk Drupal. Segala proses perjalanan yang perlu dilakukan untuk mengguna dan mengubah suai modul mengikut...
Pemilihan Templat: Baru, Pertengahan, Pakar
Dalam menghasilkan atau mengubahsuai tema dalam Drupal, terdapat tiga peringkat yang ditetapkan. Anda boleh memilih untuk bermula dari peringkat baru, pertengahan atau pakar.
Templat: Peringkat baru
Sekiranya ini merupakan laman Drupal anda yang pertama dan tidak mempunyai kemahiran dalam CSS dan pengubahsuaian tema sebelum ini, dinasihatkan untuk anda memasang tema-tema dan templat yang...
Memahami CSS dalam Drupal
Cascading Style Sheet (CSS) merupakan teknologi piawai yang diguna pakai dalam mengawal bentuk paparan dan persembahan sesuatu laman. Dan dalam Drupal, CSS digunakan sepenuhnya bagi mengawal, mengubah dan memberikan "perasaan" kepada templat.
Apabila laman Drupal dimuat turun dan dipanggil melalui pelayar web (web browser), satu atau lebih fail CSS akan dipanggil yang menyediakan...
Struktur asas pembinaan templat Drupal
Templat adalah satu siri koleksi beberapa fail yang digabungkan bagi menghasilkan beberapa lapisan penampilan. Dalam menghasilkan satu templat Drupal, anda boleh gunakan sama ada templat yang sudah dihasilkan atau menghasilkannya sendiri. Dalam Drupal, terdapat beberapa fail yang perlu diketahui bagi menghasilkan dan mengawal setiap paparannya.
Jika anda rujuk pada tutorial sebelum ini, terdapat...
Fail-fail Terlibat Dalam Template Drupal
Tutorial sebelum ini menerangkan secara terperinci struktur pembinaan dan pemaparan persembahan maklumat dalam templat Drupal. Seterusnya kita akan meneruskan pembelajaran dengan mengetahui keperluan fail-fail dalam templat Drupal. Terdapat beberapa fail penting yang digunakan secara global (generalize).
Setiap fail ini memain peranan tersendiri. Terdapat fail yang diperlukan dan mesti ada dalam...
Struktur hierraki templat
Semua paparan dalam Drupal akan dibina menerusi enjin PHPTemplate yang telah digunakan semenjak D4.7. Proses pembinaan setiap halaman boleh dilakukan "overrides" berdasarkan kepada hierarki fail-fail templat.
Struktur hierarki yang boleh dilakukan "overrides"
Laman utama
page-front.tpl.php
page.tpl.php
Setiap halaman
page-node-edit.tpl.php...
Penghasilan templat Drupal 6 secara berperingkat
Bahagian tutorial ini akan membawa anda untuk memahami dan menghasilkan templat Drupal secara sendiri bermula dari rangka sehingga boleh diguna pakai pada laman web Drupal. Kemahiran anda dalam mengendalikan (x)HTML, CSS dan PHP amat diperlukan kerana ketiga-tiga bahasa aturcara akan digunakan sepenuhnya.
Saya tidak akan menyentuh secara mendalam mengenai bahasa yang diperlukan sebaliknya...
Fail .info
Fail .info menyimpan segala maklumat yang diperlukan untuk menerangkan sepenuhnya mengenai templat. Drupal akan menyaring ke semua maklumat untuk diterjemahkan kepada pengguna. Dalam fail ini mengandungi beberapa kod aturcara yang akan mengawal fungsi dan pemaparan beberapa fungsi.
Fail .info adalah hampir sama dengan fail .ini (dalam Windows). Setiap baris aturcara mempunyai pemboleh ubah...
Fail page.tpl.php
Fail page.tpl.php merupakan fail utama yang mengawal kedudukan dan posisi "region", rangka keseluruhan halaman templat dan pemaparan susunan kandungan secara lengkap. Fail ini boleh ditulis dalam aturcara PHP dan HTML. Fail ini mengandungi pemboleh ubah (API) yang paling banyak. API tersebut disenaraikan seperti di bawah:
Fail style.css
Dalam page.tpl.php kita telah menulis secara lengkap kerangka laman. Dan jika dipaparkan secara paksa, rangka tersebut masih belum disusun dengan sempurna. Fail style.css akan digunakan bagi membantu page.tpl.php untuk menyusun dan menetapkan lokasi setiap lapisan.
Bagi membantu dan memudahkan kerja untuk menulis aturcara CSS, kita memerlukan perancangan atau grid yang menerangkan saiz sepenuhnya...


