Perihal tutorial yang berkaitan dengan pemasangan, penggunaan, pengurusan dan penetapan modul-modul tambahan Drupal
Modul Drupal 6
Tahniah kerana anda sudah mencapai tahap ketiga dalam tutorial pembangunan laman web menggunakan Drupal. Sebagai imbasan terhadap tutorial yang telah anda lalui sebelum ini. Tahap pertama anda mengenali asas kepada Drupal iaitu penggunaan terma-terma seperti "nodes", "content type" dan beberapa contoh lain.
Di tahap kedua, anda mempelajari cara-cara memasang Drupal dan...
Muat Turun dan Pemasangan Modul Drupal
Sistem Administrasi Modul Drupal
Pertama, kita akan mengenali dahulu sistem administrasi modul. Bermula dari Administer > Site building > Modules.
Modul-modul yang dimasukkan di bahagian fail pelipat "module" akan disenaraikan secara automatis oleh Drupal. Modul yang tidak bertanda bermaksud ianya belum lagi diaktifkan. Setiap modul akan dikategorikan mengikut ciri-...
Periksa dan kemas kini modul
Isu yang dibangkitkan
Perkara yang sering dibangkitkan dalam penggunaan modul adalah keselamatan. Kebanyakan pembangun laman web begitu risau dengan penggunaan fungsi tambahan ini kerana MUNGKIN membuka ruang kepada pihak pengondam. Dengan Drupal anda tidak perlu risau kerana setiap modul yang dikeluarkan akan dicuba, dikesan, diuji dan divarifikasikan sepenuhnya oleh Drupal Security Team...
Modul pada pemasangan asas
Pada pemasangan asas, iaitu Drupal 6.xx telah dilampirkan bersama modul-modul yang diintegrasikan terus ke dalam "core" Drupal. Modul-modul ini sebenarnya merupakan hasil pembangunan daripada pihak ketiga. Selepas melalui beberapa proses validasi oleh pihak pembangun Drupal, mereka telah memasukkan modul ini terus ke dalam pemasangan asas.
Sungguhpun begitu, kebanyakan modul-modul ini...
Memasang CKEditor dan CKFinder
Tutorial ini akan menerangkan dengan lengkap cara-cara untuk memasang modul WYISWYG (What You See Is What You Get) atau editor dalam Drupal. Secara lalainya, pemasangan asas Drupal tidak didatangkan dengan sebarang editor terbina dalam.
Drupal menekan kepada prestasi dan kelajuan menjadikan pakej pemasangan asal tidak memuatkan sebarang modul editor selain memberikan ruang kepada pengguna...
Integrasi Drupal 6 dan phpBB 3
Drupal 6 didatangkan bersama modul "Forum" dalam pakej pemasangan asas. Forum yang disediakan mempunyai fungsi yang paling ringkas. Jadi bagi pengguna yang mahukan forum yang mempunyai fungsi lebih, kami mencadangkan untuk melakukan integrasi antara Drupal dan phpBB.
Mengapa phpBB? Kerana kami adalah Komuniti Drupal dan phpBB Malaysia. Segala permasalahan mengenai kedua-dua CMS ini...
Modul: Token
Pengenalan
Modul Token merupakan salah satu modul yang paling penting perlu dipasang pada semua laman Drupal. Modul ini diguna pakai atau menjadi sandaran kepada banyak modul yang lain. Dalam Drupal 6, terdapat sub modul yang akan menambah fungsi kepada modul asas iaitu Action/Trigger.
Fungsi
Berfungsi untuk memasukkan satu-satu fungsi pembolehubah ke dalam pembolehubah yang lain...
Modul: Pathauto
Pengenalan
Modul Pathauto membolehkan fungsi dan struktur pembinaan halaman dikembangkan ke satu tahap yang lebih fleksibel. Keadaan ini mempengaruhi capaian alamat yang mendorong ke arah peningkatan SEO yang lebih tinggi. Modul ini mengembangkan fungsi modul Token.
Fungsi
Secara asalnya, Drupal menggunakan modul Path yang dimuatkan dalam terasnya untuk membolehkan pengguna menulis alamat URL...
Pemasangan modul Mediafront
Pasang Drupal 6 dan modul berkaitan
Terlebih dahulu perlu pasang Drupal 6. Sila rujuk tutorial pemasangan Drupal di sini.
Muat turun modul Mediafront dan modul berkaitan seterusnya pasang ke dalam http://[namdomain]/[direktori-drupal]/sites/all/modules.
Mediafront 6.x-1.0-rc5
CCK
Views
Filefield
Imagefield
ImageCache
Embedded...
Modul: Boost (pemecut Drupal)
Drupal adalah satu sistem pengurusan kandungan yang sangat kompleks. Dengan keupayaan tersebut menjadikannya sedikit perlahan untuk dijalankan sekiranya terdapat banyak modul-modul yang dipasang. Sungguhpun Drupal menyediakan sistem cache yang sangat hebat, namun tempoh pemprosesan yang perlu dijalankan oleh pihak pelayan menjadikan paparan halaman lambat untuk dibuka.
Fungsi
Modul Boost...


