Tutorial Penggunaan - Mula

Pertama dahulu, kami ucapkan selamat datang ke Kripkorn Studios, Komuniti Drupal dan phpBB Malaysia. Terima kasih kerana telah menjadi sebahagian dari ahli Kripkorn Studios. Ikutilah tutorial cara-cara menggunakan portal kami ini untuk pengguna yang baru atau pengguna yang lama bagi membolehkan anda mengoptimumkan proses pembelajaran yang kami sediakan.

Sebagai pendahuluan, portal kami ini dibangunkan dengan menggunakan 2 (DUA) agen sistem pengurusan kandungan iaitu DRUPAL dan phpBB. Sekali imbas, anda tidak akan nampak perbezaan yang ketara antara kedua-dua sistem ini kerana kami telah mengintegrasikan sepenuhnya kedua-duanya menjadi satu sistem yang saling bersandaran.

Pada asalnya, anda seharusnya mendaftarkan diri sebanyak 2 kali iaitu satu dibahagian portal dan satu dibahagian forum. Oleh kerana kami telah menggabungkan kedua-duanya menjadi satu jadi anda boleh menggunakan kedua-dua bahagian ini dengan sekali daftar dan boleh log masuk dari mana-mana bahagian sekali pun.

 

1. Paparan Menu Utama

Pada menu utama ini, hanya FORUM sahaja yang menggunakan enjin phpBB manakala yang lain menggunakan enjin Drupal sebagai pelantar. Oleh itu, kami harapkan anda memberikan penumpuan sedikit dalam tutorial penggunaan ini memandangkan anda terpaksa memahami 2 enjin penggunaan bagi membolehkan pembelajaran adalah lebih selesa.

Sehubungan itu, kami memaparkan tutorial penggunaan untuk 2 enjin ini dari satu peringkat ke satu peringkat yang sangat mudah difahami.

Terlebih dahulu, sila ikuti sesi pengenalan komuniti kami dan bahagian-bahagian yang penting terlebih dahulu.

 

2. Log masuk

Anda boleh log masuk ke portal kami setelah selesai proses pendaftaran sebagai ahli sama ada di bahagian Drupal atau di bahagian phpBB. Sila rujuk (1) untuk rujukan enjin.

Setelah anda log masuk, paparan di atas akan berubah seperti di bawah:

  • Lihat: paparkan profil anda
  • Ubah: mengubah profil anda
  • Log Keluar: log keluar akaun anda.

 

3. Paparan Laman Utama

Laman Utama merupakan laman yang paling penting dalam Kripkorn Studios kerana laman ini mengumpulkan segala maklumat yang TERPENTING secara keseluruhan. Anda seharusnya selalu melihat dan eksplotasikan keseluruhan laman utama ini. Berikut merupakan kawasan-kawasan yang perlu anda titik beratkan kerana maklumat yang penting di paparkan dibahagian ini.

  • Pengumuman Penting: bahagian akan memaparkan sebarang pengumuman yang penting untuk perhatian ahli-ahli KS dan mempunyai tempoh hayat tertentu yang akan dibuang secara automatik oleh sistem.
  • Menu Utama: bahagian merupakan elemen terpenting untuk memudahkan pengguna melayari keseluruhan fungsi komuniti ini dan setiap pautan merupakan enjin utama yang menghidupkan laman web kami.
  • Blok Navigasi Utama: bahagian ini akan sentiasa dipaparkan kecuali di bahagian FORUM yang membolehkan pengguna melompat dari satu artikel/tutorial ke artikel/tutorial yang lain.
    • Blok "Tutorial & Artikel" merupakan yang terpenting dalam proses pembelajaran dan telah disusun sedemikian rupa bagi memudahkan capaian tutorial tertentu dilakukan. Biasakan diri dengan blok ini.
    • Blok "Kotak Menjerit" membolehkan anda berkomunikasi secara langsung dengan ahli-ahli yang lain.
    • Blok "Akaun" merupakan panel kawalan bahagian Drupal untuk akaun anda di komuniti kami. Cuba eksplotasikan bahagian ini kerana banyak kemudahan yang kami sediakan seperti Album, Blog, Petikan, Kumpulan dan Direktori yang membolehkan anda menghantar sebarang kemasukan dari anda sendiri ke dalam sistem kami.
  • Berita Tutorial & Artikel: jadikan bahagian ini perkara pertama anda selepas log masuk kerana setiap perkembangan, kemasukan baru, kemas kini dan artikel yang popular dipaparkan dibahagian ini. Segala maklumat seperti artikel, tutorial, komen, grafik dan pos forum dimuatkan dibahagian blok "Tutorial Terbaru".
  • Blok Undian & Info: bahagian ini memuatkan kotak undian dan beberapa informasi tambahan yang lain. Jangan terlepas pandang bahagian ini memandangkan ianya berada dibahagian paling kanan dan mungkin terlindung pada resolusi skrin yang kecil.
  • Statistik Keseluruhan: bahagian ini memaparkan statistik terkini mengenai keseluruhan komuniti kami. Anda boleh jadikan rujukan pada bahagian ini untuk mendapatkan gambaran kecil mengenai pengguna dalam talian sama ada di bahagian Drupal atau phpBB dan juga statistik komuniti kami.

 

Selesai Peringkat Pertama

Dengan ini, maka selesai untuk tutorial peringkat pertama. Jika anda memahami segalanya, maka kita akan teruskan ke bahagian

PERINGKAT KEDUA: PENGGUNAAN PORTAL

Hubungi kami Memohon tutorial KripStatus Terbaru   Maklum balas Ruangan tetamu