Ini bukanlah tips tetapi sekadar panduan terutamanya kepada mereka yang ingin/baru untuk belajar Drupal. Bagi saya, adalah sangat baik sekiranya anda merekod/menulis setiap apa yang anda belajar - bermula daripada peringkat yang paling awal. Misalnya kita bermula daripada peringkat yang paling asas iaitu install core drupal & Wampserver ke dalam komputer, sehinggalah kepada tahap yang lebih advance. Rekodkan setiap langkah di dalam buku khas atau di dalam directori kumputer anda. Ianya sangat berguna untuk tujuan rujukan di kemudian hari.
Saya ambil pengalaman saya sendiri; misalnya pada satu tahap pemasangan drupal saya sudah faham tentang sesuatu perkara (kebanyakannya saya merujuk di dalam forum KS), tetapi selepas beberapa lama, saya sudah lupa. Contohnya bagaimana untuk memasang dan membuat setting sesuatu module. Oleh itu bila sistem drupal saya menghadapi masalah dan ingin membetulkannya semula, ianya memakan masa. Oleh itu sekiranya kita mempunyai rekod, maka kita boleh merujuknya semula dengan mudah.
Kita boleh merujuk kepada forum/artikel di KS ini, tetapi sekiranya anda membuat nota menggunakan bahasa anda sendiri - maka ianya lebih mudah untuk anda faham!. Selain itu, anda juga dengan mudah dapat merujuk kepada rekod anda yang spesifik tersebut sekiranya anda ingin merujuknya semula. Setelah anda semakin mahir dengan drupal, mungkin anda ingin membuat beberapa setting/perubahan secara manual yang agak 'advance' kepada laman drupal anda - ini lagi perlu untuk mempunyai catatan bagi setiap apa yang anda buat kerana sebarang kesilapan kecil mungkin akan memberi kesan yang besar.
Sekian,
Untuk melihat dan membaca kandungan selanjutnya, sila log masuk ATAU mendaftarkan diri sebagai ahli.



Komen-komen
Hantar komen baru