Konsep Drupal Tentang artikel ini
Penulis: kripkorn -- Feb 26, 2009
Kemas kini: Jul 20, 2011
Jenis-jenis kandungan dalam Drupal
Pada pemasangan asas, Drupal mempunyai 2 jenis kandungan sahaja iaitu Page dan Story. Jenis kandungan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan penggunaannya adalah bergantung kepada anda. Walau bagaimanapun, jika anda mengaktifkan module, Administer > Modules, anda akan dapat melihat lebih banyak jenis kandungan.
- Blog Entry - jenis kandungan khas untuk menulis blog
- Book page - membuat artikel dalam bentuk buku atau berbilangan muka untuk tajuk yang sama
- Comment - jenis kandungan khas untuk komen pengguna
- Forum - jenis kandungan berasaskan kepada forum
- Page - jenis kandungan untuk artikel biasa berbilang
- Poll - undian
- Story - jenis kandungan untuk artikel semuka biasa
Anda boleh menambah jenis kandungan dengan mengklik Administer > Content types > Add content type.
Anda juga boleh menggunakan CCK untuk menambah Field atau Flow bagi kandungan anda.
Kelebihan pelbagai jenis kandungan
Melalui pengelasan untuk setiap jenis kandungan ini membolehkan kita sebagai pembangun laman web mengubah suai dan mereka bentuk untuk paparan laman yang berlainan untuk setiap jenis kandungan.
Untuk melihat dan membaca kandungan selanjutnya, sila log masuk ATAU mendaftarkan diri sebagai ahli.



Komen-komen
Apa maksud [img_assist|nid=2587|title=|desc=|link=none|align=center|width=527|height=202] pada ruangan Kelebihan Jenis Kandungan,(yang terletak antara perenggan 1 dan 2)?
sepatutnya ade bantuan gambar untuk penerangan mengenainya. tapi rasanya berlaku sedikit ralat kerana kita telah mengubah sistem ini sewaktu versi 4 dilancarkan baru-baru ini.
mungkin saya akan mengemas kini tutorial ini kemudian. terima kasih.
Kelebihan Pelbagai Jenis Kandungan
kurang faham ape yg nk disampaikan ehhehhee
Contohnya begini, untuk paparan Blog kita akan gunakan bentuk paparan seperti two colums, manakala Forum gunakan three columns. Jadi sekiranya satu artikel itu ditulis menggunakan jenis kandungan blog, maka paparan yang dikeluarkan adalah dalam bentuk 2 kolum, sekiranya kita menggunakan Forum, maka dia akan keluarkan tiga kolum.
Tetapi kedua-dua jenis kandungan ini akan menggunakan template yang sama. Yang berbezanya adalah bentuk paparan maklumat. Jadi tidak perlu untuk menghasilkan pelbagai tema untuk satu seksyen tetapi cukup dengan menggunakan content type sahaja untuk mengawal bentuk paparan untuk setiap jenis kandungan.