18%
25%
50%
75%

Kripkorn Studios | Komuniti Drupal phpBB Malaysia

Logo Kripkorn Studios

Template phpBB 3

Tutorial
phpBB 3.x
Tentang artikel ini
Penulis: parasolx -- Feb 13, 2010
kemas kini Kemas kini: Dec 28, 2011

Tutorial phpBB sudah meliputi tahap pembelajaran yang ketiga. Dalam bahagian ini, tutorial lebih berfokus kepada pengendalian paparan phpBB kepada pengguna seperti lampiran, templat serta proses pengubahsuaian secara ringkas.

Dalam tahap ini akan melibatkan beberapa kod pengaturcaraan, menyentuh HTML, CSS, PHP dan juga JavaScript. Bagi memudahkan segala tindakan, dinasihatkan agar anda mendalami atau mendapatkan asas kepada keperluan yang dinyatakan.

Untuk bahagian pengubahsuaian ringkas templat, kita akan meneroka serba sedikit pengurusan atau sistem paparan yang dibina pada phpBB3. Latihan dan contoh yang ditunjukan boleh dijadikan rujukan untuk anda melakukan proses modifikasi paparan mengikut citarasa sendiri.

Penilaian dan persoalan

Tutorial di tahap tiga ini mungkin mudah dan mungkin sukar bergantung kepada pemahaman dan pengalaman anda. Bagi menghasilkan satu tutorial yang sempurna dan sesuai untuk golongan yang baru, kami mengharapkan kerja sama dari semua pihak.

Pastikan anda melakukan "Penilaian" pada tutorial yang ditulis. Sebarang "Persoalan" boleh diutarakan di forum atau terus hantarkan komen anda pada laman tersebut.

Dengan cara ini kami dapat menilai kemampuan kami untuk memberikan pendedahan yang baru kepada golongan yang baru bermula.

Komen-komen

Kongsikan pandangan, idea dan pendapat anda dengan ahli komuniti
tetamu's picture
dah muncul ke.... phpbb tahp 3 tu
parasolx's picture

salam.. belum muncul lagi.. sebab proses penulisan tutorial masih tertumpu kepada drupal dan artikel-artikel bebas. harap dapat sabar menanti kedatangan tutorial ini.

sepit89's picture

tak sabar menunggu hihihi

blogger_boy's picture
5

ooyyeehhhhh phpbb tahap ke-3 dah bermula