Sinopsis
Tutorial kali ini akan berkisarkan bagaimana untuk hasilkan "transparent background" pada sesuatu gambar supaya kita boleh menukar latar belakang yang asal kepada yang lain.Dalam tutorial ini saya akan tunjukkan 3 cara untuk melakukannya dan setiap satu teknik mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Saya akan gunakan 2 keping gambar dan anda boleh memuat turun sebagai latihan.

Saya gunakan gambar yang mempunyai latar belakang hijau supaya anda lebih memahami kesan teknik ini.

Ini adalah latar belakang yang akan menggantinkan warna hijau dalam gambar kita yang pertama.
** Untuk muat turun gambar, klik kanan dan "Save image as ..."
Sebelum memulakan, anda boleh membuka gambar yang pertama dan kedua dalam PS, dan masukkan gambar yang kedua ke dalam dokumen gambar pertama dengan cara "drag" kan layer pada gambar kedua ke dalam gambar pertama. Kemudian susun kedudukan layer supaya yang gambar pertama berada paling atas. Anda sepatutnya akan dapat hasil kedudukan layer seperti berikut:

Teknik Pertama
Untuk teknik pertama ini, kita akan gunakan Magic Eraser Tools yang boleh ditemui pada palet Tools. Selepas anda klik pada tools tersebut, perhatikan pada bahagian palet Options, terdapat pemboleh ubah untuk alat ini.
"Tolerance" adalah keupayaan alat ini untuk mencari tona warna yang hampir sama dengan warna sekitar. Sekiranya terdapat gradient warna, nilai tolerance ini memainkan peranan untuk memilih kadar tona warna untuk dibuang. Semakin besar nilai, semakin banyak kawasan yang akan dibuang.
"Anti Alias" akan memberikan kesan blending kepada hujung-hujung kawasan yang dibuang. Sekiranya anda mematikan fungsi ini, hujung-hujung (edge) akan kelihatan kasar dan bersegi.
"Contiguous" hanya akan melihat pembuangan di bahagian kawasan bersebelahan sahaja bukan keseluruhan layer. Saya mematikan fungsi ini kerana terdapat latar belakang hijau di bahagian dalam tangan pemain gitar tersebut turut dibuang. Jikalau tidak ia akan dibiarkan.
Kemudian, pastikan layer gambar pertama dipilih pada bahagian palet Layer. Anda hanya perlu klik sekali sahaja pada latar belakang warna hijau dan dengan sekelip mata sahaja, ke semua elemen warna hijau akan dibuang. Di bawah saya sertakan beberapa contoh hasil yang menggunakan nilai "Tolerance" yang berlainan.

Perhatikan kesan apabila menggunakan nilai tolerance yang berlainan. Semakin tinggi nilai tolerance semakin smooth hasil yang dapat. Tetapi berhati-hati sekiranya latar belakang yang digunakan mempunyai tona warna.

Perhatikan bahawa penggunaan Magic Eraser masih lagi meninggalkan kesan latar hijau pada bahagian yang sukar seperti di bahagian rambut. Jadi kita cuba pula teknik kedua.
Teknik Kedua
Untuk teknik kedua ini, saya akan tunjukkan penghasilan transparent menggunakan Color Range.
Pastikan anda kembali ke keadaan sebelum kita lakukan magic eraser pada palet History. Pastikan juga layer gambar pertama dipilih. Untuk mendapatkannya, pergi ke bahagian menu, Select > Color Range.
Kemudian satu tetingkap akan terbuka.

Perhatikan bahawa pointer tetikus anda sudah bertukar menjadi Eyedropper tool. Sekarang klik pada latar hijau untuk kita hilangkan latar tersebut. Kawasan yang berwarna putih dalam paparan itu menandakan itu adalah kawasan yang akan dibuang manakala hitam adalah kawasan yang tidak terjejas.
Anda boleh melaraskan kekunci pada bahagian "Fuzziness" untuk memilih tahap keberkesan pembuangan latar belakang. Cuba bermain-main dan anda akan dapat melihat hasilnya.
Dalam tutorial ini saya tetapkan nilai 200. Kemudian klik OK. Anda akan dapat lihat selection pada semua bahagian warna hijau. Anda hanya perlu tekan kekunci DEL pada keyboard dan kesemua elemen latar hijau akan dibuang dan digantikan dengan latar belakang batu.
Cuba anda lihat perbezaan antara teknik pertama dan teknik kedua ini.

Perhatikan pada bahagian rambut ini, teknik kedua ini menghilangkan latar hijau lebih teliti dan terperinci berbanding teknik pertama. Tetapi ini tidak lagi cukup mantap. Jadi kita akan gunakan teknik ketiga.
Teknik Ketiga
Dalam teknik ini, kita akan gunakan fungsi Extract. Fungsi ini akan mengeluarkan kesemua elemen yang kita tidak perlukan dengan menggabungkan fungsi Color Range dan juga Auto Selection pada gambar.
Seperti biasa, kembali ke titik asal seperti sebelum ini. Sila ke bahagian menu, Filter > Extract. Satu tetingkap baru akan muncul. Teknik ini memerlukan kesabaran dan ketelitian.
Kemudian pilih "Edge Highlighter Tools" pada bahagian atas sebelah kiri. Tetapan saiz alat ini. Tutorial ini saya tetapkan pada 5. Jika anda gunakan saiz yang besar, hasil yang agak kasar akan terhasil. Kemudian lukiskan garisan di sepanjang hujung orang tadi supaya kelihatan seperti ini:

Anda gunakan tools Zoom untuk mendapatkan paparan yang lebih dekat. Perlahan-lahan membuat seperti lingkaran garisan pada gambar tersebut. Di akhirnya, anda pasti akan dapat hasil seperti ini.

** Pastikan pada bahagian hujung (anak panah) anda lebihkan supaya langkah seterusnya tidak mengalami masalah.
Langkah seterusnya, klik Fill Tools di bawah alat tadi, dan klik sekali sahaja di dalam kawasan yang telah kita lingkarkan tadi. Hasil yang anda sepatutnya dapat adalah seperti ini:

Jika anda mendapat hasil seperti di atas, anda sudah hampir selesai. Jadi langkah terakhir ialah klik butang "Preview". Dengan sekelip mata ke semua elemen latar hijau itu akan dibuang menjadi transparent seperti di bawah ini:

Sekarang, jangan malu-malu untuk klik OK dan lihatlah hasilnya. Perhatikan bahawa hasil ini lebih teliti dan terperinci sehinggakan tiada lagi kesan-kesan latar hijau pada gambar pemain gitar tersebut.
Saya akan bandingkan ketiga-tiga teknik ini untuk rumusan dan kelebihan serta kelemahan setiap satu.

Teknik pertama senang, cepat dan mudah tetapi hasil kekasaran dan tidak semua elemen latar belakang dibuang.
Teknik kedua sederhana, memerlukan anda pandai bermain dengan Fuzziness dan hasil bergantung kepada beberapa kali percubaan.
Teknik ketiga memakan masa, perlu ketelitian tetapi hasil yang menarik antara ketiga-tiga teknik ini.
Selamat mencuba.



Kemas kini: Feb 02, 2011