Apa itu POP3 (Post Office Protocol 3)
POP3 adalah singkatan daripada Post Office Protocol 3, yang merupakan versi ketiga proses penerimaan pengiriman mel. Ianya berfungsi seperti kerani yang menguruskan mel-mel surat secara tradisional, POP3 akan menyimpan semua emel sehinggalah penerima membukanya.
Apa itu SMTP (Simple Mail Transfer Protocol)
SMTP adalah singkatan kepada Simple Mail Transfer Protocol. Ia adalah satu set panduan untuk komunikasi yang membenarkan beberapa perisian untuk menghantar emel ke seluruh internet di dunia. Kebanyakan perisian direka untuk menggunakan SMTP bagi tujuan penghantaran emel.
Apa itu "Mail server" (pelayan emel)
Dengan hanya satu klik, anda boleh menghantar satu emel daripada satu tempat ke seluruh arena dunia yang lain dalam tempoh beberapa saat sahaja. Kebanyakan daripada pengguna sekarang, hanya tahu untuk menggunakannya kemudahan ini tanpa mengetahui bagaimana proses keseluruhan berlaku.
Rekabentuk HTML
Setiap laman web yang dibina mempunyai struktur tertentu. Rekaan dan struktur asas bagi sesuatu laman web, reka bentuknya adalah seperti berikut.
Head (Kepala)
Body (Badan)


