SQL (disebut "ees-kue-el") membawa maksud Structured Query Language. SQL digunakan untuk melakukan perhubungan dengan pangkalan data. Berdasarkan kepada ANSI (American National Standard Institute), ia merupakan bahasa pengaturcaraan piawai untuk melakukan perhubungan dan komunikasi menerusi pengurusan sistem pangkalan data.
Penyata SQL digunakan untuk melakukan tugasan seperti mengemas kini data dalam pangkalan data, atau memanggil data-data daripadanya. Beberapa jenis pangkalan data yang sering digunakan adalah seperti Oracle, Sybase, Microsoft SQL Server, Access dan Ingres.
Kebanyakan sistem pada hari ini menggunakan SQL sebagai alatan untuk menyimpan data dan maklumat namun setiap satunya mungkin mempunyai sambungan fungsi yang berlainan bergantung kepada keperluan. Setiap sambungan fungsi ini dipanggil dan dilaksanakan dengan penyata SQL tertentu.
Namun penyata yang sering dan biasa digunakan adalah seperti "SELECT", "INSERT", "UPDATE", "DELETE", "CREATE" dan "DROP". Penyata-penyata ini membolehkan kebanyakan tugasan dilakukan kepada pangkalan data.
Dalam tutorial SQL, anda akan didedahkan kepada cara penggunaan, penyata SQL dan langkah-langkah untuk mengadaptasi setiap kod aturcara bagi mencapai data-data daripada pangkalan data.



Kemas kini: Jul 14, 2011

