18%
25%
50%
75%

Kripkorn Studios | Komuniti Drupal phpBB Malaysia

Penyata SQL "SELECT"

Tutorial
SQL
Tentang artikel ini
Penulis: parasolx -- Jun 09, 2009
kemas kini Kemas kini: Apr 11, 2011

Dalam tutorial ini akan diterangkan dengan jelas penggunaan penyata "SELECT" dalam SQL.

 

Penyata SQL "SELECT"

Penyata SELECT digunakan untuk memilih data dari pangkalan data. Kesemua data-data yang dipilih disimpan dalam bentuk set data yang diperoleh dari taburan data-data pangkalan data.

Contoh penyata:

SELECT nama_lajur FROM nama_table

Ini akan memilih hanya lajur (column) yang bernama "nama_lajur" sahaja dari taburan (table) "nama_table". Atau anda boleh gunakan:

SELECT * FROM nama_table

yang mana akan memilih ke semua lajur dalam taburan data "nama_table" mengikut susunan.

Nota: dalam SQL, kepekaan huruf besar dan kecil tidak diambil kira. Jadi penggunaan "SELECT" adalah sama dengan "select". Cuma kita besarkan sintaks supaya mudah atau menampakkan perbezaan antara nama pembolehubah dan penyata SQL.

 

Contoh Penyata SQL "SELECT"

Katakan taburan data (table) untuk artis-artis adalah "Artis":

ID Nama_pertama
Nama_kedua Alamat Umur
1 Izwan Pilus Selangor 26
2 Anuar Zain Perak 29
3 Farid Kamil Pahang 27

Sekarang katakan kita ingin memilih "Nama_pertama" dan "Nama_kedua" sahaja dari jadual taburan data tersebut. Jadi penyata SQL yang perlu kita nyatakan adalah seperti berikut:

SELECT Nama_pertama, Nama_kedua FROM Artis

Dan keputusan yang bakal kita peroleh adalah seperti berikut:

Nama_pertama
Nama_kedua
Izwan Pilus
Anuar Zain
Farid Kamil

Sekiranya penggunaan asterik (*) digunakan dalam penyata, maka secara tersendirinya, keseluruhan taburan data akan dipilih dan keputusan adalah sama seperti dalam jadual yang pertama iaitu:

SELECT * FROM Artis

 

mad