18%
25%
50%
75%

Kripkorn Studios | Komuniti Drupal phpBB Malaysia

Soal dan Jawab


Kenapa saya tidak berjaya untuk mendaftar di KS?

Kripkorn Studios sering dilawati oleh "bot-bot" dan "spammers" dengan tujuan untuk mempromosikan barangan daripada mereka. Oleh sebab itu, kami telah meningkatkan tahap keselamatan dan memperketat sedikit proses pendaftaran untuk pengguna baru supaya hanya pengguna yang betul-betul berminat sahaja berjaya melepasi proses ini.

Untuk peringkat pertama, pastikan anda memasukkan maklumat seperti nama pengguna dan alamat email yang SAH. Seterusnya pastikan anda menjawab persoalan matematik untuk CAPTCHA dengan betul kerana sekali silap, sistem akan automatis menyenarai hitam IP anda. Jika semuanya berjalan lancar, anda akan menerima satu email pengesahan. PASTIKAN anda klik pada pautan yang dihantar supaya proses pendaftaran selesai.

Jika anda mengikuti semua prosedur ini dengan sempurna, tiada masalah dalam proses pendaftaran.

Berikut adalah antara sebab-sebab yang memungkinkan proses pendaftaran tidak berjaya:

  • Anda menggunakan alamat email yang tidak sah
  • Nama pengguna mengandungi perkataan raguan seperti "warez", "spam", "bot" dan seangkatannya
  • Anda klik butang "Hantar" DUA KALI berturut-turut
  • Pendaftaran mungkin dilakukan ketika pelayan dalam keadaan tidak stabil. Cuba tunggu sehingga server dalam keadaan stabil
  • Anda pernah mendaftar SEBELUM ini tetapi akaun dibuang kerana tidak melakukan VALIDASI. Email yang sama digunakan akan ditakrifkan sebagai cubaan untuk menggondam laman

Kenapa perlu mendaftar untuk membaca tutorial? Semua artikel dibuka secara rasmi kepada tetamu.

Pada awal kemunculan KS, Ke semua toturial dibuka kepada TETAMU tanpa sebarang sekatan.

Walau bagaimanapun terdapat segilintir individu yang menyalahgunakan kemudahan ini dengan membuat salinan lengkap menggunakan Web Copier dan perisian seantaranya.Keadaan ini telah menyebabkan pemprosesan pelayan memuncak dengan tiba-tiba dan sekaligus meningkatan penggunaan bandwidth yang terlampau banyak.

Selain itu kami berkhidmat sebagai sumber rujukan dalam pembangunan laman web hanya memerlukan pengguna yang betul-betul berminat dalam konteks ini. Walaupun ilmu dan pengetahuan perlu dikongsi tanpa sebarang sempadan TETAPI kami tidak mahu laman kami dipenuhi dengan pautan ke laman-laman yang mengarut, tidak berfaedah dan tidak berintegriti.

Pendaftaran dibuka secara PERCUMA. dan kami yakin proses ini tidak membebankan pihak pengguna untuk mengorek dan mendalami isi-isi kandungan yang kami sediakan.

Kenapa bahasa Malaysia?

Kami menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa utama dalam proses pembelajaran membina website. Walaupun ini agak sukar bagi untuk memahami sesetengah artikel dan tutorial, tapi kami merasakan yang bahasa Malaysia kita mampu untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain.

Bolehkah saya menyalin, meletakkan atau memasukkan mana-mana artikel dari KS ke laman web yang lain?

Ya, jawapannya sudah tentu boleh. Malah kami menggalakkan anda berbuat demikian supaya maklumat dan pendedahan dapat disebarkan. Tetapi PASTIKAN anda meletakkan pautan kembali atau "back link" artikel atau tutorial berkenaan yang telah dipetik. Ini bagi memelihara hakcipta intelek Kripkorn Studios daripada disalah guna oleh sesiapa.

Apa itu DE (Donator Esklusif)?

DE atau Donator Esklusif adalah pangkat yang istimewa diberikan kepada ahli KS yang memberi sumbangan kepada kami dalam meningkatkan lagi perkhidmatan kami. Dana yang disumbangkan akan digunakan untuk menyara kos penyelenggaraan pelayan dan mungkin akan digunakan sebagai hadiah kepada pengguna yang istimewa melalui sebarang pertandingan yang kami anjurkan nanti.

DE dibahagi kepada lima peringkat iaitu Sempoi, Slumber, Rileks, Otai dan Gempak bergantung kepada jumlah nilai sumbangan yang dihulurkan. Ahli DE juga berpeluang untuk memasuki dan membaca sesetengah artikel yang dianggap istimewa buat ahli-ahli KS.

** Buat masa ini (sehingga diberitahu), pangkat atau ruangan DE dimansuhkan di semua laman Kripkorn Studios

Adakah keahlian KS ini memerlukan sebarang bayaran?

Tidak. Keahlian KS adalah PERCUMA. Sesiapa sahaja boleh mendaftar dan menjadi ahli KS sepanjang hayat. Tetapi kami mewujudkan pangkat yang dinamakan "Donator Esklusif" yang dibahagikan kepada lima (5) peringkat berdasarkan kepada nilai sumbangan yang dihulurkan oleh ahli KS kepada kami sebagai tanda sokongan dan membantu kami dalam menyelenggara pelayan web untuk KS.

** Buat masa ini (sehingga diberitahu), pangkat atau ruangan DE dimansuhkan di semua laman Kripkorn Studios

Kenapa perlu lakukan validasi email? sebelum dapat melihat tutorial penuh?

Ini bagi memastikan bahawa setiap pengguna yang berdaftar di laman kami adalah ahli-ahli yang betul-betul mempunyai minat dan bersedia untuk mengikuti segala tutorial yang kami sediakan. Selain itu, antara tujuan utama adalah bagi mengelakkan dari "Spammers" berleluasa di dalam laman ini serta memastikan kualiti dan kandungan laman web kami.

Terdapat juga sesetengah pengguna yang mendaftar hanya sekadar untuk membuat promosi mengenai laman mereka, barangan dan beberapa lagi perkhidmatan seperti skim cepat kaya di hampir seluruh laman kami. Jadi, sekiranya tiada validasi dilakukan, segala komen, pos dan artikel/blog yang ditulis dan mengandungi perkara-perkara yang tidak sepatutnya akan dibuang serta merta selepas 3 hari.

Oleh itu, proses ini memudahkan pihak kami untuk menjaga dan memastikan KS berada ditahap yang sepatutnya. Namun begitu, pihak kami telah membuka ruangan Artikel kepada umum -- anda tidak perlu untuk mendaftar bagi mendapatkan tutorial penuh.

Adakah keahlian KS ada tamat tempohnya?

TIDAK. Keahlian KS adalah PERCUMA untuk sepanjang hayat anda selagi anda memenuhi syarat di bawah ini:

  1. Log masuk semula (relog) dalam masa tidak lebih dari satu tahun
  2. Tidak menerima lebih dari 3 kali berturut-turut amaran daripada pihak kami sama ada berkaitan dengan pos-pos dibahagian forum atau komen, penulisan blog dan muat naik gambar di bahagian portal
  3. Megikut segala etika-etika Kripkorn Studios yang telah ditetapkan
  4. Tidak menyalahgunakan segala infomasi dan bahan kandungan yang disediakan dalam laman kami

Saya sudah mendaftar. tapi masih tidak dapat melihat tutorial/artikel

Setelah anda mendaftarkan diri, anda akan diberikan kebenaran dari seorang "Tetamu" kepada "Pengguna Berdaftar Belum Validasi". Status pengguna belum validasi ini masih menghalang anda dari membaca atau melihat secara total artikel-artikel atau tutorial yang kami sediakan kerana anda MASIH belum melakukan validasi email. Tetapi anda boleh menggunakan bahagian FORUM kami tanpa masalah.

Namun anda dibenarkan untuk akses ke bahagian "Artikel" tanpa perlu mendaftar atau masih belum melakukan validasi.

Anda perlu klik pautan yang dihantar ke email anda (sekiranya alamat email yang anda masukkan adalah tepat). Selepas validasi berjaya dilakukan, status akan ditukarkan kepada "Pengguna Berdaftar". Sekiranya tiada validasi dilakukan dalam tempoh 3 hari, akaun anda akan dibuang secara automatis.

Penggunaan "Signature" di forum

Bagi memastikan forum KS berjalan dengan lancar, kami memohon kerjasama daripada semua pihak untuk mengikut garis panduan dalam penggunaan "signature" atau tanda tangan di bahagian bawah setiap pos anda.

Ini bagi memastikan ke semua ahli-ahli berdaftar akan mendapat kelebihan yang sama. Diharapkan ke semua ahli mengikut dan menepati peraturan ini untuk kepentingan bersama.

Peraturan Penggunaan Signature Dalam Forum

  • Signature anda boleh ditulis sehingga LIMA (5) baris sahaja dalam saiz tulisan SMALL atau NORMAL sahaja ATAU signature dalam bentuk gambar tidak kira gambar statik atau animasi.
  • Saiz maksimum untuk signature bergambar adalah seperti berikut: 500px (width) X 60px (height)
  • Penggunaan gambar pada saiz maksimum, membenarkan penambahan SATU baris teks sahaja.
  • Penggunaan gambar pada saiz tinggi (height) pada 45px, membenarkan penambahan DUA baris teks sahaja.
  • Penggunaan gambar pada saiz tinggi (height) pada 30px, membenarkan penambahan TIGA baris teks DAN
  • Penggunaan gambar pada saiz tinggi (height) pada 15px, membenarkan penambahan EMPAT baris teks.
  • Setiap 15px saiz tinggi (height) gambar mewakili sebaris teks; bermakna anda boleh melakukan kombinasi teks dan gambar tertakluk kepada ketinggian saiz gambar tersebut.
  • Teks boleh merangkumi URL, "smilies", atau apa jua dengan bilangan yang TIDAK MELAMPAU. Maksimum penggunaan "smilies" dan URL adalah sebanyak LIMA (5) sahaja.
  • Setiap satu URL hanya mewakili satu laman sahaja, bermakna terdapat LIMA laman sahaja yang boleh dimuatkan.
  • Setiap URL tidak menuju ke laman pornografi, laman tidak wujud atau laman mengandungi aturcara yang tidak sah.

Sistem pangkat (Ranking)

Kesukaran untuk Log Masuk Walaupun SUDAH MENDAFTAR

Laman kami dilengkapi dengan pelbagai sistem keselamatan merangkumi proses pendaftaran, log masuk dan keluar, komen, penghantaran artikel/sumbangan tutorial dan aktiviti penggondaman.

Sehubungan itu, kami senantiasa dan setiap detik mengemas kini sistem tersebut untuk sampai ke tahap "selamat". Kadang kala proses ini mengganggu atau berlaku konflik antara "cache" dan "cookies" yang sedia ada pada komputer pengguna.

Seandainya anda menghadapi masalah ini, cuba lakukan perkara sebegini:

  • buang semua "cache" fail pelayar anda
  • buang semua "cookies" pelayar anda

Tutorial yang disediakan tidak konsisten, ada yang senang dan ada yang sukar difahami

Kami masih lagi baru dan sedang berusaha ke arah untuk melengkapkan tutorial secara padat, mudah dan mendalam untuk setiap topik dan tajuk yang berkaitan. Selain itu, kami juga masih lagi berusaha untuk memantapkan teknik penyampaian maklumat kepada pengguna dari segi visual, ayat dan penterjemahaan terma-terma laman web.

Sehubungan itu, kami amat mengharapkan bantuan dan kerja sama dari semua pihak terutama sekali anda untuk memberikan penilaian untuk setiap artikel. Kami sentiasa menyemak dari semasa ke semasa keseluruhan kandungan laman web ini. Sekiranya terdapat penilaian yang rendah untuk kandungan tertentu, kami akan cuba memantapkan dan menambah baik seberapa segera.

Penterjemahan bahasa perkomputeran

Kami menggunakan perkhidmatan servis dari Dewan Bahasa dan Pustaka untuk setiap penterjemahan terma-terma komputer yang ditulis dalam setiap artikel. Langkah ini adalah untuk memastikan setiap entri yang dimasukkan menetapi maksud dan piawai bahasa Melayu.

Seandainya anda mengesan terdapat frasa atau struktur ayat yang telah diterjemah kurang menetapi maksud sebenarnya, tampilkan isu tersebut kepada kami dengan kadar segera.

Menyumbang tutorial

Kami begitu mengharapkan sokongan dan sumbangan dari semua pihak. Oleh itu pihak kami telah mewujudkan satu sistem yang dinamakan Kolaborasi. Sistem ini membolehkan sebarang tutorial yang berkaitan dengan pembangunan laman web dihantar kepada kami untuk dimuatkan dibahagian tutorial.

Sebelum sebarang tutorial dihantar, kunjungi ruangan Senarai Semak untuk memastikan tutorial yang ingin disumbangkan sudah disediakan atau belum. Ini bagi mengelakkan tutorial yang sama dihantar berulang kali.

Ruangan penghantaran tutorial boleh dilakukan di ruang Sumbang Tutorial. Setiap sumbangan tutorial yang dihantar akan melalui beberapa frasa pergerakkan bagi memastikan tutorial adalah sebaik mungkin, menepati dan melaraskan semua format-format penulisan dalam laman web seperti yang diterangkan di Cara Menyumbang.

Frasa draf merupakan titik pertama sumbangan tutorial dihantar. Frasa ini membolehkan semua ahli berdaftar menambah baik, membaiki atau mengubah kandungan asal tutorial ke versi yang lebih baik. Setiap perubahan yang dilakukan akan di simpan sebagai revisi. Ini tidak mengubah kandungan asal penulis.

Pihak kami akan memantau terlebih dahulu revisi-revisi sebelum disahkan. Sekiranya revisi tersebut tidak mempunyai sebarang masalah ianya akan dipaparkan bagi menggantikan kandungan asal sebelum ini. Sebarang perubahan yang dilakukan sebelum revisi terbaru disahkan akan disimpan sebagai arkib untuk tujuan rujukan.

Frasa pantauan adalah frasa kedua selepas draf. Di frasa ini, tutorial tidak lagi boleh ditambah baik atau diubah suai bagi memberi ruang kepada pihak moderator untuk melakukan kerja-kerjanya. Sekiranya tutorial tersebut cukup matang, ia akan dimasukkan ke frasa Terbitan.

Frasa terbitan merupakan tata kerja yang terakhir. Di sini tutorial akan melalui proses pengesahan dari pihak penulis asal. Sekiranya penulis asal merasakan tutorialnya perlu dibaik pulih lagi, penulis tersebut berupaya untuk memindahkannya semula ke frasa Draf.

Tata kerja ini akan diulang semula sehinggalah dalam tempoh seminggu berada di frasa ini dan tiada sebarang perubahan dilakukan oleh penulis asal, pihak kami akan memuatkan terus ke ruangan tetap iaitu di ruangan tutorial

Semua hakcipta penulisan dan sumbangan ini diletakkan di atas nama penulis asal. Kami tidak akan menuntut sebarang karya dan hakcipta orang lain ke atas nama kami.

Menghantar topik di bahagian forum

Ruangan forum yang disediakan merupakan sumber termudah untuk anda mendapatkan penyelesaian kepada sebarang persoalan. Terlebih dahulu, seeloknya anda menggunakan kemudahan CARIAN untuk membantu dalam mencari topik-topik atau isu yang pernah dihantar atau hampir sama dengan permasalahan tersebut.

  1. Sekiranya sudah pasti bahawa tiada sebarang topik yang boleh menyelesaikan isu tersebut, layari ruangan forum yang sesuai atau yang berkaitan dengan topik anda.
  2. Seterusnya tuliskan tajuk topik dengan jelas yang mengandungi gambaran awal kepada masalah anda.
  3. Elakkan dari menggunakan tajuk topik seperti "Tolong saya", "Saya perlukan bantuan". Topik sebegini bukan sahaja tidak membawa maksud apa-apa malah telah meruntuhkan semangat ahli-ahli komuniti untuk menolong anda.
  4. Ahli-ahli komuniti ini terbilang dari pelbagai bangsa dan agama, jadi elakkan dari mengutarakan sebarang topik yang mengganggu sentimen perkauman dan agama. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kesulitan yang timbul akibat perbuatan ini.
  5. Topik yang dihantarkan SEKIRANYA boleh biarlah dengan jelas. Gunakan bahasa yang sopan, maklumat masalah dengan lengkap dan lampirkan sebarang gambar-gambar yang berkaitan.
  6. JANGAN terlalu memaksa ahli-ahli komuniti sekiranya topik anda masih belum terjawab. Kemungkinan mereka sibuk dengan hal tersendiri. Jadi diharapkan bersabar. Sekiranya memerlukan jawapan yang segera, boleh gunakan kotak "Sembang-sembang" yang disediakan dengan menyertakan pautan ke topik tersebut.
  7. Seandainya jawapan yang diberikan tidak menjawab persoalan anda, teruskan bertanya pada TOPIK yang sama.
  8. Cuba elakkan dari membuka dua atau lebih topik yang menjurus ke arah isu atau permasalahan yang sama. Ini akan menimbulkan kekeliruan bagi pihak komuniti lain.
  9. Untuk sebarang jawapan yang memenuhi persoalan anda, luangkan sedikit masa untuk mengucap "Terima Kasih" atau klik sahaja butang "Thanks" sebagai tanda menghargai bantuan yang diberikan.
  10. Kami SANGAT-SANGAT melarang ahli-ahli melakukan "SPAM" atau penghantaran topik yang boleh dikategorikan sebagai sia-sia bagi menjaga tahap dan kredibiliti Kripkorn Studios.

Pertolongan secara peribadi

Kami merupakan pusat komuniti, menyediakan tutorial sebaik mungkin untuk membantu pengguna baru dalam membangunkan laman web. Segala sistem yang disediakan oleh dalam laman ini terlalu banyak meliputi tutorial lengkap bergambar, kotak sembang-sembang, tutorial video terpilih dan ruangan forum.

Jadi suka cita kami memaklumkan bahawa pertolongan secara peribadi sama ada melalui "Private Message (PM)" atau "Yahoo Messagger (YM)" tidak akan dilayan. Ini kerana pihak kami masih terikat dengan komitmen utama iaitu kerja, keluarga dan hal-hal peribadi sendiri.

Sekiranya bantuan secara peribadi kami amalkan, ianya tidak adil kepada semua pihak yang juga memerlukan bantuan seperti yang anda mahukan. Jadi sikap toleransi, bersabar dan semangat untuk belajar serta ketekunan amat dititikberatkan. Perlu diingat bahawa kami menjalankan kerja-kerja ini semua tanpa meminta sebarang bantuan. Diharapkan semua pihak mendapat keuntungan bersama.

Etika AllKrips dengan AllKrips

  • Jawapan atau pos mestilah mengikut lumrah adat dan tatasusila ketimuran dan orang Melayu memandang KS adalah Komuniti Malaysia.
  • Setiap tajuk topik yang dibuka hendaklah terang dan jelas dengan menyatakan sebarang permasalahan yang dihadapi untuk memudahkan AllKrips, Admin dan Mod menjawab. Anda digalakkan juga untuk melampirkan sekali "screenshot" bersama-sama dengan permasalahan yang dinyatakan.
  • Seandainya berlaku sebarang ketidakpuasan hati atau merasakan pengguna tersebut melanggar sebarang etika KS, sila adukan perkara tersebut kepada Admin atau Mod sama ada melalui PM atau butang "Laporan" di bahagian bawah setiap pos.
  • Sila bersikap terbuka dan menerima sebarang kritikan membina daripada AllKrips yang lain selagi tidak melanggar peraturan dan etika KS yang telah ditetapkan.
  • Elakkan dari menindas, merendahkan dan mencabar keupayaan pengguna lain dalam setiap topik atau pos.
  • Elakkan dari membalas sebarang topik dengan jawapan yang kasar seperti "Sila belajar sendiri", "Pergi search Google dan belajar sendiri". Tetapi amat digalakkan sekiranya anda membalas dengan petikan atau pautan daripada mana-mana laman web dan berkaitan dengan soalan yang diberikan.
  • Elakkan daripada menyatakan permasalahan anda di dalam topik orang lain. Sila buka topik anda sendiri dengan menyatakan permasalahan anda.
  • Jangan menggunakan huruf besar (all caps) atau warna yang terang sehingga mengganggu penglihatan pembaca sama ada bertanya atau menjawab sebarang permasalahan.
  • Sekiranya anda ingin menghantar sebarang artikel, maklumat atau informasi dari forum atau laman web lain, sila masukkan pautan kembali ke laman tersebut untuk memudahkan pihak lain membuat rujukan.

Etika KS dengan AllKrips

  • Kami akan cuba dengan sedaya upaya kami untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh semua pengguna tidak mengira status dan keistimewaan (pengguna biasa atau DE).
  • Kami akan memberikan teguran terlebih dahulu dan tidak MENYENARAI HITAM terus seandainya terdapat pos-pos atau topik yang KAMI anggap tidak relevan dan menimbulkan permasalahan dalam komuniti. Sekiranya ianya menyentuh elemen sentimen negara atau perkauman, kami akan segera membuang pos/topik berkenaan tanpa notis dan pengguna akan diberikan nasihat.
  • Kami akan memberikan penghargaan kepada ALLKrips yang menghantar pos dan mengemukakan topik yang bernas, relevan dan berinformasi kepada komuniti. Penilaian akan dilakukan oleh pihak pengendali sahaja.
  • Sekiranya ALLKrips mempunyai masalah dengan pihak ADMIN atau MOD sama ada dari segi komunikasi, ketidakpuasan hati atau tindakan mencaci atau memburukkan ahli-ahli KS, sesiapa sahaja boleh membuka TOPIK BARU dengan menyatakan jelas permasalahan tersebut untuk dibincangkan.
  • Kami adalah "Open Minded People" kerana kami menyediakan "Open Source Matter" di sini. Topik atau pos tidak akan dikunci, dibuang atau diubah oleh sesiapa sahaja selagi tidak melanggar syarat-syarat berforum dan menyentuh elemen-elemen sentimen agama dan perkauman.
  • Sekiranya ALLKrips ada menghantar sebarang tutorial ke dalam komuniti dan kami merasakan tutorial tersebut sesuai untuk dimuatkan ke bahagian portal, ke semua tutorial tersebut akan dikreditkan sepenuhnya atas nama ALLKrips tersebut.
  • Kami akan meminta maaf secara terbuka, tulus dan telus sekiranya terdapat atau berlaku sebarang perkara diluar jangkaan dan dalam jangkaan sehingga mengganggu ketenteraman ALLKrips.

Etika KS dengan Fivio.com

  • Kami tidak akan meletakkan sebarang iklan lain selain iklan yang menyatakan sebarang promosi, berita dan pengumuman daripada pihak Fivio.com.
  • Kami akan cuba untuk mempromosikan Fivio.com dengan memasukkan pautan rujuk ke bahagian Fivio.com di bahagian tanda tangan atau ruangan maklumat pengguna.
mad