Kripkorn Studios adalah sebuah laman web yang berasaskan pembelajaran yang memfokuskan kepada bidang pembangunan dan aturcara laman web. Web ini tealah diasaskan oleh seorang anak muda dari Kelantan pada tahun 2008.
Warna biru merupakan warna tema asal laman web kami sebelum melalui proses kemas kini dan naik taraf secara keseluruhan. Biru memberikan ketenangan dan keyakinan kepada kami dalam menyebarkan informasi-informasi dan pengetahuan dalam bidang perkomputeran.
Pada Disember 2009, kami melalui satu perubahan baru dengan memperkenalkan KS.V3 yang mana proses pembaharuan paparan, penyusunan tutorial dan peningkatan dalam sistem SEO laman. Di versi ini, kami mengaplikasikan gabungan 2 warna tambahan iaitu hijau (menambahkan kehormonian), merah (meningkatkan mood agresif laman) dan diselitkan bersama kelabu (mengimbangi tona ketiga-tiga warna).
Terbaru, Januari 2011, sekali lagi memperlihatkan kami sebuah komuniti yang senantiasa mengamalkan pembaharuan mengeluarkan satu produk terbaru iaitu KS.V4, satu peningkatan yang ketara dari V3 sebagai persediaan untuk peningkatan dari Drupal 6 kepada Drupal 7.
Misi dan Sasaran
- Menyediakan tutorial yang berfokus kepada Drupal dan phpBB
- Menyediakan tutorial asas untuk pembangunan laman web
- Perkongsian tips dan pengetahuan mengenai selok-belok laman web
- Merealisasikan misi terakhir dengan mengadakan kelas bimbingan secara nyata pada masa mendatang
** Kesinambungan untuk program 4 Disiplin Kripkorn Studios.
Logo
Setiap laman perlu mempunyai identiti tersendiri bagi menjadikan satu kelainan dan tanda nama agar mudah dikenali ramai. Konsep penghasilan logo KS adalah dengan menggabungkan reka bentuk logo Drupal dan phpBB. Melalui konsep ini juga diterbitkan tema atau slogan iaitu "Komuniti Drupal & phpBB Malaysia".
Penggunaan warna biru bertujuan untuk mengekalkan identiti kami semenjak ditubuhkan walaupun pada masa mendatang kami melalui proses transformasi seiring dengan prinsip dan konsep laman web yang baru.
Garis Masa Perubahan
Setiap versi perubahan yang dilakukan mempunyai matlamat dan misi tertentu bagi menyediakan perkhidmatan pembelajaran maya dengan lebih sempurna.
Versi 1

Di versi ini pihak kami dilahirkan secara rasmi. Perangkaan sistem bina asas laman dengan tema laman yang menyediakan pemilihan templat yang pelbagai. Versi ini kami begitu rancak memasukkan tutorial-tutorial asas pembangunan laman web. Pengenalan kepada Drupal & phpBB dimulakan pada tahap pertama sahaja. Ketika V1 ini, tutorial masih berterabur, tiada fokus utama dan proses pengiklanan begitu giat dilakukan bagi menyebarkan kewujudan kami.
Versi 2

Kami mula memperkenalkan konsep "fluidity" dalam tema dan reka bentuk laman. Selain itu, penambahan ruangan seperti blog, galeri dan kumpulan menyediakan peluang untuk berkomunikasi dan bersosial dengan lebih meluas. Tutorial Drupal & phpBB disiapkan sehingga ke tahap ketiga. Sistem sedia ada dipertingkatkan untuk mencapai misi laman yang berspesifikasi Web 2.0. Selain itu kami lebih matang dalam menjadi sumber rujukan pembangunan laman web dengan lebih fokus kepada kandungan artikel/tutorial yang ditulis menetapi piawai bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka menjadi sumber rujukan utama.
Versi 3

Perubahan dilakukan terhadap V2 dengan memperkenalkan konsep templat yang baru iaitu gabungan "fludity" dan "fixed". Gabungan 3 elemen warna biru, hijau dan merah menjadi tunjang perubahan. Kami juga memperkenal satu sistem baru iaitu "Kolaborasi" bagi menggantikan "Blog" dan "Kumpulan". Pengunjung berkebolehan untuk menghantar tutorial sendiri. Konsep "Less is better" diterapkan. Seterusnya, kami memperkenal satu ruangan terbaru iaitu "TIPS" yang merupakan pintu perkongsian kedua memaparkan tips-tips dan panduan ringkas tetapi penting kepada pengguna KS.
- v3.7 -- merendahkan masa bukaan laman dengan menggunakan CSS Sprite, mengurangkan resolusi imej dan mempiawaikan templat kepada W3C. Masa bukaan dikurangkan lebih 90% dan merupakan modifikasi yang terakhir dilakukan untuk v3
- v3.6 -- melupuskan fungsi pertukaran latar belakang, mengemas kini rekaan menu navigasi, membuang kod-kod aturcara templat agar lebih bersih, menambah beberapa fungsi blok baru seperti "Entri terbaru" dan "Tutorial dalam senarai menunggu"
- v3.5 -- pengubahsuaian reka bentuk halaman utama untuk kandungan tengah dan sepanduk promosi ditingkatkan
- v3.4 -- pengubahsuaian struktur menu navigasi menerusi kod buatan sendiri dan CSS
- v3.3 -- paparan halaman utama ditambah dengan sepanduk promosi Drupal dan phpBB
- v3.2 -- menambah fungsi variasi latar belakang
- v3.1 -- membaiki aturcara supaya stabil dengan semua pelayar
- v3.0 -- lakaran pertama dikeluarkan
Versi 4


Pada mulanya kami beranggapan v3 merupakan antara muka yang paling berjaya. Namun setelah satu Kajian Kepuasan Pelanggan dijalankan, keputusan yang diberikan menyangkal semua anggapan kami selama ini. Ramai pengguna menghadapi masalah terutama tempoh masa untuk melengkapkan paparan laman KS sepenuhnya. Serentak dengan keluaran Drupal 7 yang memperkenalkan RDFa diserap ke dalam sistem, peningkatan templat v3 tidak mungkin boleh dilakukan memandangkan penulisan kodnya yang terlalu kompleks. Atas dasar itu, kami telah mengeluarkan versi yang terbaru iaitu, Kripkorn.V4.
Peningkatan yang ketara adalah tempoh bukaan laman telah berkurangan kepada 2 saat sahaja. Purata tempoh bukaan bagi satu-satu halaman adalah antara 5 hingga 7 saat. Bahagian halaman utama diubah suai untuk menetapi keperluan pengguna sahaja. Semua elemen dan reka bentuk bahagian kiriman artikel dipertingkatkan agar mudah untuk dibaca.
-
v4.3 (16 Oktober 2011) -- penambahan slaid animasi untuk artikel terbaru, penukaran tulisan utama kepada
TahomaRoboto (tulisan percuma Android ICS), implementasi konsep "simplicity" - v4.2 (15 Julai 2011) -- modifikasi dan tambahan rekaan pada laman utama, penambahan bar carian yang lebih menyerlah dan tambahan fungsi Carian maju yang baru
- v4.1 (1 Februari 2011) -- piawai kepada W3C, tambahan kesan bayang, piawai kepada semua jenis perisian pelayar
- v4.0 (1 Januari 2011) -- versi pertama dikeluarkan
Organisasi
Buat masa terkini, Kripkorn Studios dikendalikan sepenuhnya oleh seorang webmaster sahaja. Sekarang, pihak kami dalam proses mencari pembantu dan sokongan dari ahli komuniti menerusi proses pembentukan semula struktur organisasi. Sehingga saat ini kami telah berjaya merekrut seorang pembantu yang akan bertanggung jawab bagi tutorial phpBB.
parasolx
Pengendali KS
Freelances Graphic Designer
(phpBB EXpert) + (Drupal EXpert)
saya juga seorang farmasi berdaftar
Tulang belakang KS
Kripkorn Studios dibina dan menggunakan teknologi pembangunan laman web yang terkini. Antaranya adalah:
- Drupal (Teras Utama)
- phpBB 3
- CSS3
- PHP5
- mySQLi
- Teknologi Web 2.0
- Ajax
- JQuery
- RSS Feed Reader
- Piawai HTML 5
- XML
- JavaScript




