Pembolehubah $_GET
Pembolehubah $_GET adalah array bagi pemboleh ubah nama dan nilai yang di hantar melalui kaedah HTTP GET.
Pemboleh ubah $_GET mengumpul semua data daripada borang (form) yang menggunakan kaedah 'method="get"'. Maklumat yang dihantar oleh kaedah GET boleh dilihat oleh pelayar. Ianya akan dipaparkan pada ruangan 'address bar' pelayar dan mempunyai had panjang (100 huruf).
Contoh:
<form action="nama.php" method="get"> Nama: <input type="text" name="name" /> Umur: <input type="text" name="umur" /> <input type="submit" value="Hantar"/> </form>
Apabila pelayar menekan butang Hantar, URL pada 'address bar' akan kelihatan seperti ini
http://www.kripkornstudios.com/nama.php?nama=Halim&age=24
Fail "nama.php" akan mengumpul data daripada alamat tersebut dengan menggunakan pemboleh ubah $_GET.
Selamat datang <?php echo $_GET["nama"]; ?>.<br /> Anda berumur <?php echo $_GET["umur"]; ?> tahun.
Kenapa menggunakan $_GET?
Kaedah GET digunakan supaya laman tersebut boleh ditanda atau 'bookmark'. Walau bagaimanapun jangan menggunakan kaedah GET untuk menghantar kata laluan. Ini kerana kata laluan yang dihantar menggunakan GET akan dipapar pada 'address bar'.
Pembolehubah $_REQUEST
PHP $_REQUEST merupakan pemboleh ubah yang boleh mengumpul data dari $_GET, $_POST dan juga $_COOKIE.
Contoh:
Selamat datang <?php echo $_REQUEST["nama"]; ?>.<br /> Anda berumur <?php echo $_REQUEST["aga"]; ?> tahun!



Kemas kini: Aug 12, 2011