18%
25%
50%
75%

Kripkorn Studios | Komuniti Drupal phpBB Malaysia

Mencipta pangkalan data

Tutorial
PHP, SQL
Tentang artikel ini
Penulis: kripkorn -- Nov 21, 2008
kemas kini Kemas kini: Aug 12, 2011

Mencipta pangkalan data

Tatatanda CREATE DATABASE digunakan untuk mencipta pangkalan data dalam MySQL.

Tatatanda

CREATE DATABASE database_name

Untuk memboleh PHP memproses kod diatas, kita mestilah menggunakan fungsi mysql_query(). Fungsi ini digunakan untuk menghantar query kepada sambungan MySQL.

Contoh:

Contoh dibawah menunjukan cara untuk mencipta atau membina pangkalan data yang dinamakan "db_saya";

<?php
$con = mysql_connect("localhost","root","");
if (!$con)
  {
  die('Sambungan Gagal: ' . mysql_error());
  }
if (mysql_query("CREATE DATABASE db_saya",$con))
  {
  echo "Pangkalan data berjaya dicipta";
  }
else
  {
  echo "Terdapat ralat dalam process penciptaan pangkalan data: " . mysql_error();
  }
mysql_close($con);
?>

Mencipta jadual

Tatatanda CREATE TABLE digunakan untuk mencipta jadual didalam MySQL.

Tatatanda:

CREATE TABLE nama_jadual
(
nama_lajur1 jenis_data,
nama_lajur2 jenis_data,
nama_lajur3 jenis_data,
....
)

Contoh:

Kita akan mencipta satu jadual yang dinamakan pelajar dan mempunyai 3 lajur. Lajur ini akan dinamakan Nama, NamaAyah, Umur.

<?php
$con = mysql_connect("localhost","root","");
if (!$con)
  {
  die('Sambungan gagal: ' . mysql_error());
  }
// Mencipta pangkalan data
if (mysql_query("CREATE DATABASE db_saya",$con))
  {
  echo "Database dicipta";
  }
else
  {
  echo "Terdapat ralat dalam process penciptaan: " . mysql_error();
  }
// Mencipta jadual
mysql_select_db("db_saya", $con);
$sql = "CREATE TABLE Pelajar
(
Nama varchar(15),
NamaAyah varchar(15),
Umur int
)";
// Melaksanakan query
mysql_query($sql,$con);
mysql_close($con);
?>

Nota: Pangkalan data mestila dipilih terlebih dahulu sebelum jadual dicipta. Pangkalan data boleh dipilih menggunakan fungsi mysql_select_db().

Nota: Apabila anda mencipta lajur yang menggunakan jenis varchar, anda mestila menetapkan hak maksimum bagi lajur tersebut. Contohnya : varchar(15).

Primary Keys dan Auto Increment Fields

Nota: Kami tidak mengalihbahasa perkataan Primary Key dan auto Increment untuk memudahkan process pembelajaran.

Setiap jadual sepatutnya mempunyai satu lajur primary key.

Primary key digunakan untuk mengenal pasti rekod yang terdapat didalam jadual. Setiap primary key mestila unik dan tidak boleh dibiarkan kosong atau null..

Contoh dibawah, penggunaan lajur yang baru iaitu IDPelajar digunakan sebagai primary key. dan nilai data dalam lajur ini akan bertambah secara otomatik apabila rekod ditambah. Untuk memastikan lajur ini tidak dibiarkan kosong, kita akan menggunakan tatatanda NOT NULL untuk memastikan ruangan ini diisi.

$sql = "CREATE TABLE Pelajar
(
IDPelajar int NOT NULL AUTO_INCREMENT,
PRIMARY KEY(IDPelajar),
Nama varchar(15),
NamaAyah varchar(15),
Umur int
)";
mysql_query($sql,$con);
mad