18%
25%
50%
75%

Kripkorn Studios | Komuniti Drupal phpBB Malaysia

Mencapai data dari pangkalan data

Tutorial
PHP, SQL
Tentang artikel ini
Penulis: kripkorn -- Nov 30, 2008
kemas kini Kemas kini: Aug 12, 2011

Mencapai data dari pangkalan data

Tatatanda Select digunakan untuk mecapai data dari pangkalan data.

Tatatanda

SELECT lajur
FROM jadual

Seperti biasa kita memerlukan fungsi mysql_query() untuk memproses pernyataan kita dan menghantar kod kepada sambungan MySQL.

Contoh:

<?php
$con = mysql_connect("localhost","root","");
if (!$con)
  {
  die('Sambungan gagal ' . mysql_error());
  }
 
mysql_select_db("db_saya", $con);
 
$result = mysql_query("SELECT * FROM Pelajar");
 
while($row = mysql_fetch_array($result))
  {
  echo $row['Nama'] . " " . $row['NamaAyah'];
  echo "<br />";
  }
 
mysql_close($con);
?>

Penggunaan * bermaksud pilih kesemua data dalam jadual tersebut.

Fungsi mysql_fetch_array() adalah mengembalikan setiap data dalam baris kepada PHP. Untuk memaparkan data tersebut, kita akan menggunakan pembolehubah PHP $row iaitu $row['Nama'] dan $row['NamaAyah'].

Output bagi kod diatas ialah:

Ali Razak
Yunus Ismail
Abu Halim

Memaparkan data dalam jadual HTML

Contoh dibawah adalah sama dengan diatas cuma bezakan, data akan dipaparkan dalam jadual HTML.

<?php
$con = mysql_connect("localhost","root","");
if (!$con)
  {
  die('Sambungan gagal: ' . mysql_error());
  }
 
mysql_select_db("db_saya", $con);
 
$result = mysql_query("SELECT * FROM Pelajar");
 
echo "<table border='1'> <tr> <th>Nama</th> <th>Nama Ayah</th> </tr>";
 
while($row = mysql_fetch_array($result))
  {
  echo "<tr>";
  echo "<td>" . $row['Nama'] . "</td>";
  echo "<td>" . $row['NamaAyah'] . "</td>";
  echo "</tr>";
  }
echo "</table>";
 
mysql_close($con);
?>

Output bagi koding diatas ialah

Nama Nama Ayah
Ali Razak
Yunus

Ismail

Abu

Halim