Session digunakan untuk menyimpan maklumat pelayar.
Pembolehubah session
Untuk memudahkan anda memahami session, kita akan menggunakan sedikit analogi. Contohnya bila ada sedang menggunakan perisian microsoft word, dan anda membuat perubahan pada file tersebut dan menutup kembali fail tersebut. Ini gambaran session. Komputer mengenali siapa anda, apa yang anda buat dan bila anda menutup perisian tersebut. Tetapi dalam internet, pelayan web tidak mengenali anda kerana IP komputer sering berubah-ubah.
Session PHP membenarkan pelayar untuk menyimpan maklumat tentang pelayan web untuk digunakan kemudiannya, contohnya nama pengguna, kata laluan, pembelian barang-barang dan sebagainya. Walau bagaimanapun, maklumat ini akan dipadam apabila pelayar meninggalkan laman web tersebut.
Session diciptakan dengan menggunakan ID yang unik (UID) untuk setiap pelayar. UID ini disimpan didalam komputer pelayar atau diletakan pada URL.
Membuat session
Sebelum anda menyimpan maklumat pelayar menggunakan session anda mestila membuat session terlebih dahulu.
Nota: Session mestilah diletakkan sebelum tag <html>
<?php session_start(); ?> <html> <body> </body> </html>
Menyimpan pembolehubah session
Cara yang terbaik untuk menyimpan dan mencapai session adalah dengan menggunakan pembolehubah global iaitu PHP $_SESSION.
<?php session_start(); // menyimpan session $_SESSION['dilihat']=1; ?> <html> <body> <?php //mencapai session echo "Laman dilihat=". $_SESSION['dilihat']; ?> </body> </html>
Output : Laman Dilihat 1
Dalam koding dibawah kita akan membuat koding yang bagi mengetahui bilangan laman yang dilihat oleh pelayar. Fungsi isset() digunakan untuk menambah bilangan laman dilihat jika pembolehubah "dilhat" sudah pun dicipta.
<?php session_start(); if(isset($_SESSION['dilihat'])) $_SESSION['dilihat']=$_SESSION['dilihat']+1; else $_SESSION['dilihat']=1; echo "Laman dilihat=". $_SESSION['dilihat']; ?>
Memadamkan session
Jika anda ingin memadamkan session anda, fungsi unset() atau session_destroy() boleh digunakan.
Fungsi unset() digunakan untuk memadakankan session yang spesifik, manakala session_destroy() memusnahkan semua session.
Contoh fungsi unset():
<?php unset($_SESSION['dilihat']); ?>
Contoh fungsi session_destroy() :
<?php session_destroy(); ?>



Kemas kini: Aug 12, 2011