18%
25%
50%
75%

Kripkorn Studios | Komuniti Drupal phpBB Malaysia

PHP Kompleks

Tutorial
PHP
Tentang artikel ini
Penulis: kripkorn -- Nov 08, 2008
kemas kini Kemas kini: Aug 12, 2011

Fungsi Date()

Fungsi PHP date() digunakan untuk memanipulasi format tarikh dan masa.

Tatatandadate(format,timestamp)

Parameter Keterangan
format Wajid, menentukan cara paparan masa
timestamp Pilihan. Jika tidak diletakan, komputer akan memilih waktu pada koding itu dibaca.

Apa itu Timestamp?

Timestamp adalah bilangan saat semenjak 1 January 1970 pada 00:00:00 GMT. Ini juga dikenali sebagai Unix Timestamp.

Membuat Format Tarikh

Parameter pertama dalam fungsi date() ialah bagaimana paparan bagi tarikh dan masa. Ia menggunakan huruf untuk menunjukan fomat tarikh dan masa. Dibawah ini adalah senarai huruf yang boleh digunakan.

  • d - Hari dalam bulan tersebut dalam nombor (01-31)
  • m -Bulan dalam nombor (01-12)
  • Y - Tahun ini dengan menggunakan 4 digit nombor (2008)

Simbol seperti "/", ".", atau "-" boleh digunakan di antara huruf tersebut untuk memudahkan tarikh dibaca.

2012/05/22
2012.05.22
2012-05-22

Akan memaparkan output:

2008/11/11
2008.11.11
2008-11-11

Menggunakan fungsi mktime()

Fungsi mktime akan mengembalikan nilai Unix Timestamp berdasarkan tarikh yang ditetapkan.

Tatatanda

mktime(jam,minit,saat,bulan,hari,tahun,timestamp)

Contoh meggunakan mktime() untuk mengetahui hari esok.

Hari ini ialah 2012/05/22Esok ialah 2012/05/23

Output

Hari ini ialah 2008/11/08 Esok ialah 2008/11/09

mad