18%
25%
50%
75%

Kripkorn Studios | Komuniti Drupal phpBB Malaysia

Cara menggunakan cookies dalam PHP

Tutorial
PHP
Tentang artikel ini
Penulis: kripkorn -- Nov 12, 2008
kemas kini Kemas kini: Aug 12, 2011

Apa itu cookie?

Cookies biasanya digunakan untuk membuat pengecaman pelayar. Cookies adalah fail yang bersaiz kecil yang dimuat turun kedalam komputer pelayar. Setiap kali komputer membuat capaian dengan menggunakan pelayar web, cookie akan dihantar bersama. Dengan menggunakan PHP, anda boleh membuat dan membaca cookie.

Cara untuk membuat cookie

Untuk membuat cookies, kita akan gunakan fungsi terbina PHP iaitu setcookie().

Nota: Fungsi ini mestila berada diatas daripada tag <html>

Tatatanda:

setcookie(name, value, expire, path, domain);

Contoh 1.

Kita akan memcipta satu cookie yang bernama 'pelayar' dan meletakan nilai kepada cookies tersebut dengan nilai 'Abu'. Kita juga menyatakan bahawa cookie ini akan dipadam dalam masa 1 jam.

<?php
setcookie("pelayar", "Abu", time()+3600);
?>

<html>
.....

Tempoh bagi masa cookies adalah dinyatakan dalam unit saat.

Contoh 2:

Contoh ini menunjukkan cara lain untuk meletakkan had masa bagi cookie

<?php
setcookie("pelayar", "Abu", time()+60*60*24*30);
?>

<html>
.....

Cookie diatas mempunyai had masa selama 30 hari.

Cara membaca cookie

Kita akan gunakan pembolehubah global PHP untuk mencapai cookie, iaitu PHP $_COOKIE.

Contoh dibawah, kita akan mencapai cookie yang bernama "pelayar" dan memaparkannya pada laman.

<?php
// Memapar cookie
echo $_COOKIE["pelayar"];

// Koding ini untuk memaparkan semua cookie
print_r($_COOKIE);
?>

Untuk memperkemaskan lagi koding mengenai cookie, kita menggunakan fungsi isset() untuk menentukan sama ada cookie telah dicipta atau belum.

<html>
<body>

<?php
if (isset($_COOKIE["pelayar"]))
  echo "Selamat datang " . $_COOKIE["pelayar"] . "!<br />";
else
  echo "Selamat datang tetamu!<br />";
?>

</body>
</html>

Koding diatas akan memaparkan output "Selamat datang Abu!" jika cookie telah dicipta, jika belum, "Selamat datang tetamu!" akan dipaparkan.

Memadam cookie?

Berikut adalah cara untuk memadamkan cookie, anda hanya perlu membuat had masa bagi cookie tersebut pada masa lepas.

<?php 
// setkan had masa bagi cookie satu jam yang lepas
setcookie("pelayar", "", time()-3600);
?>

Jika pelayar web tidak menyokong cookie?

Bagi pelayar web tidak menyokong cookie, anda boleh menggunakan teknik borang atau form untuk memghantar pemboleh ubah.

mad