18%
25%
50%
75%

Kripkorn Studios | Komuniti Drupal phpBB Malaysia

Configuration: Web services

Tutorial
Ruangan pentadbiran D7
Tentang artikel ini
Penulis: parasolx -- Apr 04, 2011
kemas kini Kemas kini: Nov 05, 2011

Ini adalah ruangan yang terakhir di bawah "Configuration" ruangan pentadbiran. Pada pemasangan asas, hanya satu konfigurasi yang ada iaitu "RSS publishing" atau suapan RSS.

RSS publishing

Ruangan ini membolehkan anda menetapkan bentuk dan bilangan kandungan yang dihantar ke dalam bentuk suapan RSS.

Ruangan medan yang pertama adalah untuk memasukan keterangan mengenai suapan tersebut. Seterusnya anda boleh menentukan bilangan kandungan yang akan dimuatkan dalam satu-satu suapan nanti. Manakala pilihan terakhir adalah bentuk kandungan yang akan dipaparkan.

Terdapat tiga pilihan yang disediakan iaitu:

  • Title only: paparan tajuk kandungan sahaja
  • Title plus teaser: paparan tajuk dan separuh kandungan
  • Full text: paparan keseluruhan kandungan