Kandungan dan pentadbiran D6 Tentang artikel ini
Penulis: parasolx -- Aug 29, 2009
Kemas kini: Jul 21, 2011
Dalam tutorial sebelum ini, kita telah mengenali dan mempelajari penghasilan tag-tag dari administrasi Taxonomy dan sekarang kita akan melihat penggunaannya dalam konteks kemasukan maklumat. Cuba imbas kembali, terdapat dua jenis kandungan yang akan memaparkan pilihan penggunaan Taxonomy iaitu "Berita terkini" dan "Page".
Pilihan ini akan dipaparkan semasa kemasukan kandungan yang baru. Jadi, untuk bermula kita akan cuba memasukkan kandungan yang baru menggunakan jenis kandungan "Berita terkini". Daripada ruangan utama, navigasi Create content > Berita terkini.

Selepas itu, anda akan dipaparkan dengan borang kemasukan kandungan seperti biasa, tetapi terdapat satu penambahan pilihan yang terbaru seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah ini di bawah ini:

Pilihan ini muncul berbanding sebelum ini kerana kita telah menetapkan penggunaan Taxonomy dihidupkan atau dipaparkan ketika kemasukkan kandungan menggunakan jenis kandungan yang telah dipilih. Anda boleh mencuba sendiri dengan menggunakan jenis kandungan "Story". Pilihan tersebut sudah pastinya tidak kelihatan kerana tidak termasuk semasa pemilihan sebelum ini.
Seterusnya, proses kemasukkan data bermula. Masukkan apa jua jenis kandungan dan saya telah memasukkan data-data dan maklumat untuk anda sebagai contoh seperti di bawah ini:

Perhatikan pada bahagian pilihan tag tersebut, saya telah memilih dua tag sekaligus untuk kandungan ini. Caranya hanyalah dengan memegang (hold) kekunci "Ctrl" pada papan kekunci dan klik pilihan tag menggunakan tetikus.
Pilihan yang lain saya biarkan pada nilai tetap seperti yang telah kita pelajari dalam tutorial ini, Membuat "Content type" Baru. Seterusnya klik butang "Save".
Paparan yang anda akan dapat adalah seperti di bawah ini. Perhatikan ruangan yang ditandakan ini merupakan tag-tag yang telah dipilih. Sekiranya anda ke muka hadapan laman anda juga dapat melihat tag-tag ini ditunjukkan pada setiap kandungan yang menggunakannya.

Paparan pada menu utama



