Pengurusan kandungan D7 Tentang artikel ini
Penulis: parasolx -- Oct 16, 2011
Kemas kini: Oct 16, 2011
D7 mempertingkatkan keupayaan dalam bentuk kemunculan paparan bloknya kepada empat aspek utama iaitu berdasarkan kepada:
- Pages - alamat satu-satu halaman
- Content type - jenis kandungan
- Roles - kumpulan/peranan pengguna
- User - diaktifkan/dinyahaktif menerusi akaun pengguna
Paparan berdasarkan kepada halaman

Masukkan URL atau alamat TANPA nama domain ke dalam ruangan. Terdapat dua pilihan untuk dipilih sebagai operator iaitu:
- All pages except those listed - paparkan pada semua halaman kecuali yang disenaraikan
- Only the listed pages - paparkan pada halaman ini sahaja
Paparan berdasarkan kepada jenis kandungan

Blok akan dipaparkan pada jenis kandungan yang dipilih sahaja. Jika tiada tetapan dibuat, ianya dipaparkan di semua jenis kandungan.
Paparan berdasarkan kepada kumpulan pengguna

Blok muncul sekiranya pengguna mempunyai peranan/kumpulan yang dipilih. Jika tiada sebarang tetapan dibuat, ianya akan muncul kepada semua pengguna secara lalai.
Paparan berdasarkan kepada pilihan pengguna

Tetapan ini hanya berfungsi kepada pengguna yang berdaftar dalam sistem sahaja. Pilihan akan muncul di profil akaun pengguna dengan fungsi berikut:
- Customizable, visible by default - blok dipaparkan tetapi boleh disembunyi dibahagian tetapan akaun
- Customizable, hidden by default - blok disembunyikan, diaktifkan dibahagian tetapan akaun


