18%
25%
50%
75%

Kripkorn Studios | Komuniti Drupal phpBB Malaysia

User Control Panel (UCP)

Tutorial
Pengenalan dan Pemasangan, phpBB 3.x
Tentang artikel ini
Penulis: parasolx -- Feb 03, 2009
kemas kini Kemas kini: Dec 27, 2011

Kita beralih pula ke ruangan yang sangat terpenting iaitu "User Control Panel" (UCP). Ruangan ini penting kerana ia merupakan ruangan untuk pengguna komuniti yang menghidupkan komuniti anda.

Sebarang pengendali (founder) anda seharusnya menerangkan secara terperinci bidang kuasa dan kebolehan sesuatu forum untuk diubahsuai oleh pengguna menetapi citarasa mereka sendiri. Tutorial kali ini saya akan tunjukkan secara terperinci untuk bahagian UCP ini.

Sekiranya anda adalah founder/admin/moderator, anda juga berupaya untuk memasuki ruangan ini kerana anda juga merupakan nadi penggerak atau pengguna kepada pengguna sendiri.

Untuk memasuki ruangan ini cari pautan "User Control Panel" (UCP) pada bahagian atas komuniti anda seperti dalam gambar dibawah ini:

Pada paparan utama, anda akan melihat yang ianya tidak banyak berbeza berbanding ruangan untuk moderator sebelum ini. Cuma yang berlainan adalah fungsi-fungsi yang disediakan sekadar meliputi kuasa seorang pengguna sahaja.

Ini adalah paparan UCP yang akan saya terangkan satu per satu fungsinya.

 

Fungsi-fungsi Tab Utama UCP

1. Overview: Ini adalah laman utama bahagian UCP. Ia menerangkan aktiviti anda di dalam forum, menguruskan penanda buku, pemberitahuan mengenai topik atau pos yang dilanggan, senarai draf dan lampiran yang milik anda.

2. Profile: Seperti mana-mana CMS yang lain, bahagian ini merupakan tempat utama untuk anda mengubah atau menambahkan profil diri anda untuk ditonton oleh pengguna-pengguna yang lain. Selain itu terdapat juga sub-tab yang penting iaitu menetapkan Avatar, Signature dan pembaharuan kata laluan atau emel anda.

3. Board Preferences: Ruangan ini memberikan kuasa kepada pengguna untuk menetapkan paparan komuniti ini. Pengguna boleh mengubah suai fungsi-fungsi seperti cara pemberitahuan PM, bahasa, format masa, GMT dan status dalam talian mengikut kesukaan sendiri. Terdapat banyak lagi pilihan tetapan yang boleh dilakukan oleh pengguna. Ini akan diterangkan sepenuhnya nanti.

4. Private Messages: Lebih ringkas dikenali dengan PM. Bahagian ini bertindak seperti email peribadi di dalam forum. Sekiranya pengguna biasa dengan email, bahagian ini juga berfungsi seperti emel tetapi hanya meliputi di dalam komuniti sahaja.

5. Usergroups: Bahagian ini bertindak seperti "social community", yang mana pengguna boleh membina komuniti tersendiri di dalam forum anda. Pengguna-pengguna yang lain boleh menyertai kumpulan sosial yang diwujudkan. Untuk penggunaan ini akan diterangkan sepenuhnya dalam tutorial selanjutnya.

6. Friends & Foes: Ruangan ini memboleh pengguna menyenaraikan pengguna-pengguna lain sebagai kawan baik atau musuh di dalam forum ini. Kawan baik akan mempunyai kelebihan untuk melihat maklumat yang tidak dipaparkan kepada pengguna biasa manakala musuh akan disembunyikan maklumat penting mengenai diri anda daripada dipaparkan.

mad