Pengenalan dan Pemasangan, Tetapan forum, phpBB 3.x Tentang artikel ini
Penulis: parasolx -- Feb 03, 2009
Kemas kini: Dec 27, 2011
Ini adalah antara dua perkara yang perlu anda tetapkan ketika anda mula menubuhkan forum yang baru dan sebelum komuniti anda berkembang menjadi lebih besar lagi. Perkara tersebut adalah "rank" atau pangkat di dalam forum dan "word censoring" yang berfungsi untuk menapis perkataan-perkataan yang dilarang digunakan dalam komuniti anda.
Rank
Untuk menetapkannya, log masuk ke dalam ACP > Users and Groups. Kemudian klik pautan pada sub-tab iaitu "Manage ranks". Ini adalah paparan utama rank tersebut.

Untuk menambah pangkat yang baru, klik sahaja butang "Add new rank". Dibahagian ini, anda perlu memasukkan data seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di bawah.


Ini adalah hasil selepas anda klik "Submit". Yang kita lakukan tadi adalah "Special rank", yang mana pangkat ini perlu ditetapkan secara manual oleh admin kepada pengguna tertentu.
Sekarang pula saya akan tunjukkan untuk menatap pangkat yang biasa. Seperti tadi juga, klik "Add new rank" dan mula masukkan data seperti berikut:

Klik butang "Submit" dan ulang kembali untuk memasukkan data yang berikut ini:


Diakhir sekali, anda akan dapat melihat hasil pangkat yang telah kita masukkan sebanyak dua pangkat dahulu. Pastikan anda memilih "No" untuk special rank dan masukkan pos minimum untuk mencapai pangkat tersebut. Ulang langkah tersebut untuk menetapkan pangkat yang lain.
Word Censoring
Sekarang kita beralih pula ke bahagian "Word Censoring". Anda sudah tentu faham dengan fungsi yang akan saya terangkan ini. Ia amat senang untuk dilakukan dan begitu berguna sekali dalam memastikan komuniti yang bakal anda bina tidak dicemari dengan perkataan berunsur yang tidak elok.
Seperti biasa, masuk ke bahagian "Word Censoring": ACP > Posting. Kemudian pada sub-tab, klik pada pautan "Word Censoring" di bahagian "Message".

Untuk memasukkan tapisan perkataan, klik "Add new word" yang terletak pada bahagian atas. Anda akan dibawa ke bahagian yang baru untuk memasukkan perkataan yang ingin ditapis dan juga penukaran perkataan tersebut dengan perkataan yang lain. Dalam contoh di bawah, saya ingin tapiskan perkataan "sial" menjadi "s**l". Setelah selesai, tekan butang "Submit".


Contoh di atas akan menukarkan segala perkataan "sial" menjadi "s**l". Tetapi sesetengah pengguna terutama dalam bahasa melalui, apabila digunakan imbuhan, sistem ini akan mengesan bahawa perkataan tersebut tidak termasuk dalam senarai tapisan. Jadi untuk mengatasinya, kita perlu gunakan "wilcard" atau penyaringan secara sepenuhnya terhadap perkataan yang ditulis.
Sebagai contoh, perkataan "jahanam" ingin saya tapiskan menjadi "ja**nam". Sekiranya pengguna menulis "menjahanam", ia tidak akan ditapis sebaliknya dilepaskan. Untuk mengatasinya, masukkan asterik (*) pada bahagian depan dan belakang perkataan "jahanam" supaya sebarang imbuhan akan dinyahkan. Jadi sekiranya ditulis "menjahanam", hasil akan dipaparkan "menja**nam", manakala "jahanamlah" hasilnya "ja**namlah" dan "menjahanamlah" menjadi "menja**namlah".




