Pengenalan dan Pemasangan, Tetapan forum, phpBB 3.x Tentang artikel ini
Penulis: parasolx -- Oct 05, 2009
Kemas kini: Dec 27, 2011
Topik ikon merupakan antara fungsi yang boleh diubah suai dalam phpBB3. Topik ikon ini memberikan suasana yang lebih ceria kepada pengguna dan forum untuk menarik minat pengunjung membaca sesuatu topik. Pada asalnya, topik ikon yang didatangkan dengan pemasangan asas mempunyai beberapa ikon sahaja.
Ini adalah antara paparan contoh penggunaan topik ikon pada templat prosilver:

Setiap templat akan menghasilkan kedudukan topik ikon yang berbeza dan bergantung kepada pengaturcaraan kod yang dibuat oleh pembangun templat tersebut.
Administrasi topik ikon
Seperti biasa, anda perlu log masuk ke bahagian ACP > Posting > Messages > Topic icons.
Di sini akan dipaparkan senarai topik ikon yang telah diaktifkan secara asal oleh phpBB3. Sekiranya ingin menambahkan topik ikon yang baru, terlebih dahulu anda perlu mencari dan mendapatkan beberapa topik ikon dengan memuat turun di laman-laman web menggunakan agen carian Google. Tips, pastikan saiz untuk ikon tersebut tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil, sekitar 16x16 hingga 20x20 pixel sahaja.

Katakan anda mempunyai 3 ikon seperti di atas (jenis fail kebiasaanya adalah GIF, JPG atau PNG), masukkan atau pindahkan ketiga-tiga ikon tersebut ke dalam folder "images/icons/misc". Setelah itu, kembali semula ke bahagian "ACP Topic Icons", klik butang "Add multiple icons".
Kemudian satu paparan senarai ikon baru akan ditunjukkan. Senarai ini akan memaparkan ikon yang belum ditambah sahaja. Tandakan pada kekotak pilihan di bawah lajur "Add" di sebelah paling kanan untuk setiap ikon yang ingin ditambah. Anda juga boleh menentukan kedudukan ikon-ikon tersebut mengikut citarasa sendiri.
Seterusnya klik butang "Submit". Jika kembali ke ruangan paparan senarai ikon, anda akan dapati bahawa ikon yang baru sudah dimasukkan.
Menambahkan ikon secara pakej
Selain menambah ikon satu persatu, phpBB3 juga menyediakan fungsi untuk menambahkan topik ikon secara berpakej. Setakat ini, saya belum lagi menemui laman-laman web yang menyediakan pakej ini secara total. Jadi, saya mengambil langkah pertama untuk menyediakan pakej tersebut. Buat permulaan, saya menyediakan lampiran untuk dimuat turun pakej ikon yang digunakan pada forum Kripkorn Studios ini.
Seterusnya, dengan menggunakan perisian Winzip, kembangkan (extract) fail yang terdapat dalam pakej .zip ini (folder: ks-icon & ks-icon.pak). Pindahkan ke dalam direktori "images/icons". Hasil yang anda akan dapat adalah seperti ini:

Seterusnya kembali semula ke bahagian ACP Topic icons, kemudian klik pada pautan "Install icons package". Paparan pilihan seperti ini akan dipaparkan:

Keep all: akan menyimpan semua ikon sedia ada dan menambahkan ikon yang disertakan ini
Replace matches: akan menindih semua ikon yang mempunyai tetapan yang sama
Delete all: akan membuang semua ikon sedia ada dan memasang ke semua ikon dalam pakej ini. Sekiranya anda ingin menggunakan sepenuh ikon seperti forum KS, pilih pilihan yang terakhir ini.
Setelah itu, klik butang "Install icons package". Beberapa ketika sahaja proses ini selesai.
Penetapan kebenaran penggunaan topik ikon
Tutorial di atas menunjukkan langkah-langkah untuk menambah dan mengendalikan ikon-ikon sahaja. Seterusnya anda perlu menetapkan kebenaran untuk penggunaan topik ikon pada setiap forum.
Untuk menetapkan kebenaran menggunakan topik ikon pada forum tertentu, gelongsor ke ACP > Forums > Manage forums > Edit forum tersebut.
![]()
Selain itu terdapat juga kebenaran untuk kumpulan dan pengguna tertentu. Kebenaran ini terletak dibahagian "User's forum permissions" dan "Groups' forum permissions". Oleh kerana tutorial kebenaran ini sepenuhnya terletak di bahagian tahap 2, mungkin anda perlu merujuk ke bahagian tersebut untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

| Attachment | Size |
|---|---|
| ks-icons.zip | 41.01 KB |


