18%
25%
50%
75%

Kripkorn Studios | Komuniti Drupal phpBB Malaysia

Administrator Control Panel (ACP)

Tutorial
Pengenalan dan Pemasangan, phpBB 3.x
Tentang artikel ini
Penulis: parasolx -- Jan 28, 2009
kemas kini Kemas kini: Dec 27, 2011

Seperti mana-mana CMS, phpBB mempunyai sistem pengawalan bersepadu atau "Administrator Control Panel" yang lebih senang dipanggil dengan nama ACP. Ia juga dikenali sebagai "backend" oleh sesetengah orang.

Ruangan ini hanya boleh dimasuki oleh "Founder" (empunye forum) dan ahli-ahli admin yang telah dilantik oleh "founder" sahaja.

A.C.P ini merupakan pusat kawalan kepada forum anda. Segala tetapan dibahagian ini akan memberikan kesan kepada forum tersevut. Sekarang kita akan memasuki ruangan ACP ini pada laman utama.

Unjurkan pada bahagian bawah sekali forum anda dan klik pada pautan "Administrator Control Panel" seperti dalam gambar di bawah (hanya golongan yang saya nyatakan sebelum ini sahaja):

Selepas anda klik pautan tersebut, anda akan dibawa ke laman untuk pengesahan kembali walaupun anda telah log masuk sebelum ini. Jangan terkejut kerana ini adalah sekuriti yang dimuatkan dalam phpBB3. Pengesahan kali kedua ini menyukarkan pengondam untuk memasuki ruangan ACP kerana "session" yang baru khas untuk ACP akan dibuat dan dimasukkan ke dalam pangkalan data.

Setelah selesai proses pengesahan kali kedua, paparan yang anda akan dapat dibahagian ACP adalah seperti berikut:

Jika anda perhatikan, terdapat 3 bahagian utama yang penting dalam A.C.P iaitu Tab Utama, Sub-Tab dan Fungsi-fungsi. Setiap kali anda klik pada Tab Utama, senarai pautan pada Sub-Tab akan bertukar dan memaparkan pautan-pautan kawalan untuk menayangkan fungsi-fungsi pengubahsuaian.

Sekarang kita akan mengenali lebih dekat setiap fungsi untuk Tab Utama terlebih dahulu. Yang selebihnya perlulah anda terokai sendiri.

 

Fungsi-fungsi Tab Utama

1. General: Tab ini mengandungi fungsi-fungsi umum untuk forum anda. Kesemua fungsi yang terdapat dalam tab ini melibatkan konfigurasi forum, tetapan perhubungan semua pengguna forum dan tetapan "server" untuk menjalankan forum.

2. Forums: Bahagian ini mengawal ruangan forum-forum yang anda bakal buat untuk phpBB anda. Sub-tab yang utama ialah pengurusan senarai-senarai forum dan juga kebenaran (permission) untuk setiap forum dan pengguna di dalam papan buletin.

3. Posting: Ruangan ini mengawal ke semua aktiviti penghantaran pos oleh pengguna. Ia merangkumi BBCodes, PM, Topic Icon, Smilies, Word Censoring dan juga Attachment.

4. Users dan Groups: Bahagian ini adalah antara yang terpenting kerana ia mengawal ke semua fungsi pengguna (profil, permission, rank, dan custom field), pembahagian kumpulan untuk pengguna dan sekuriti pengguna (termasuk penyenaraian hitam)

5. Permissions: Ya.. semestinya.. kerana bahagian ini merupakan kekuatan phpBB yang sangat istimewa kerana bahagian ini anda dapat menentukan kebenaran untuk setiap admin, moderator, pengguna, kumpulan dan forum. Setiap satunya mempunyai kebenaran tersendiri dan bukan jenis kelompok atau pukal.

6. Styles: Tab ini mengawal corak penghiasan untuk forum anda. Anda boleh dapatkan pelbagai jenis tema yang percuma di komuniti phpBB.

7. Maintenance: Ruangan ini mengawal proses kemas kini forum anda. Ia melibatkan paparan log untuk setiap aktiviti yang berlaku di dalam forum, backup dan restore pangkalan data serta indeks carian dalam forum anda.

8. System: Bahagian ini akan memaklumkan versi terkini phpBB daripada phpBB komuniti, tetapan untuk BOT dan juga pengawalan menyeluruh mengenai ACP, UCP dan MCP.

Komen-komen

Kongsikan pandangan, idea dan pendapat anda dengan ahli komuniti
mohd faizal ishak's picture
3

disini saya ada maksaalah dia keluar bord macam ni....
Warning
Please delete, move or rename the install directory before you use your board. If this directory is still present, only the Administration Control Panel (ACP) will be accessible.

kenapa ek??

parasolx's picture
4

owh.. cuba rujuk semula tutorial pemasangan phpbb ini dan fokuskan kepada langkah 11:
http://kripkornstudios.com.my/phpbb/tahap-1/pemasangan-phpbb

sama ada kita perlu namakan folder "install" kepada nama lain atau terus sahaja buang folder tersebut. masalah akan selesai.

mad