Kripkorn Studios, Komuniti Drupal phpBB Malaysia

Perbezaan ruangan pentadbir

Tutorial
Konsep Drupal
Tentang artikel ini
Penulis: kripkorn -- Feb 26, 2009
kemas kini Kemas kini: Oct 22, 2011

Perbezaan ketara

Bagi yang sudah biasa menggunakan CMS lain seperti Joomla, Wordpress atau PhpNuke, anda mungkin agak keliru dengan ruangan admin dalam Drupal pada pertama kali menggunakannya. Begitu juga dengan saya, memang tidak dinafikan lagi.

Drupal tidak mempunyai ruangan Administrator yang khusus seperti mana-mana CMS yang lain. Segala proses pengubahsuaian, penambahan artikel, konfigurasi laman, modifikasi blok-blok dan penyelarasan modul-modul semuanya dilakukan secara Front End dan BUKAN melalui Back End.

Paparan antara tetamu, ahli berdaftar dan Administrator adalah hampir sama kecuali terdapat beberapa perbezaan pada menu dan ikon-ikon pengubahsuaian pada tempat-tempat yang tertentu. Selain itu, di bahagian blok untuk ahli mendaftar, sekiranya pengendali log masuk akan muncul satu pautan tambahan iaitu "Administrator" yang khas muncul kepada kumpulan ini sahaja.

Kelebihan dan kekurangan

Kelebihan

  • memudahkan proses untuk mengubah suai dan mengemaskini sebarang blok-blok atau artikel-artikel sekiranya laman web anda mempunyai puluhan hingga ratusan entri kemasukan
  • proses capaian untuk bahagian tertentu adalah lebih mudah, pantas, efisien dan singkat
  • paparan terus laman web; tidak memaksa anda untuk membuka dua tetingkap bagi melihat hasil selepas modifikasi
  • membolehkan pihak Admin merasai paparan seolah-olah sebagai ahli berdaftar dan tetamu biasa serta memudahkan proses cari dan betul sekiranya laman masih di tahap awal untuk berkembang
  • satu-satunya CMS yang menggunakan kaedah modifikasi terus dari bahagian hadapan tanpa perlu memasuki ruangan tertentu

Kekurangan

  • agak sukar untuk membezakan ruangan Admin dan paparan langsung bagi pengguna baru
  • penggendali agak kaku untuk pertama kali dan proses penggunaan bahagian Admin agak memakan masa

Mengenalpasti ruangan pentadbir

Bagi pengguna baru, terdapat kekeliruan untuk mengenalpasti bahagian mana adalah ruangan administrasi dan ruangan untuk pelawat. Ini kerana Drupal tidak mewujudkan templat berasingan antara kedua-dua paparan. Tetapi anda boleh mengaktifkan templat tertentu sekiranya ianya memasuki ruangan administrasi menerusi:

Artikel atau tutorial di atas hanya dipaparkan sebahagian sahaja.
Untuk melihat dan membaca kandungan selanjutnya, sila log masuk ATAU mendaftarkan diri sebagai ahli.