Kripkorn Studios, Komuniti Drupal phpBB Malaysia

Lengkung pembelajaran (Learning curve)

Tutorial
Konsep Drupal
Tentang artikel ini
Penulis: parasolx -- May 13, 2009
kemas kini Kemas kini: Oct 22, 2011

Apa itu "Learning curve"?

"Learning curve" atau pun dalam bahasa Melayu adalah lengkung pembelajaran. Ia merupakan jujukan proses pembelajaran, pengenalan dan penggunaan sesuatu yang baru untuk pengguna atau pelajar baru. Dalam konteks pembangunan laman web terutamanya Sistem Pengurusan Kandungan (Drupal, Joomla, Wordpress), lengkung pembelajaran lebih merujuk kepada proses implimentasi atau tahap kebolehan pengguna baru atau lama untuk menggunakan sepenuhnya sistem tersebut.

Saya ada membaca beberapa artikel mengenai perbandingan lengkung antara CMS ini di dalam internet dan rata-rata mengatakan bahawa Joomla! mempunyai lengkung pembelajaran yang lebih mudah berbanding Drupal. Namun saya kurang bersetuju dengan fakta tersebut hampir ke semua artikel ini dibuat tanpa menetapkan faktor-faktor yang dimalarkan untuk kedua-duanya.

Ini kerana proses pembelajaran sesuatu perkara yang baru merupakan satu subjektif, yang tidak boleh diukur dan setiap orang mempunyai tahap penguasaan yang berlainan. Ada yang boleh menguasai sesuatu yang kompleks dalam masa yang singkat tetapi ada juga yang mengambil masa yang lama untuk sesuatu yang mudah dan senang.

Lengkung pembelajaran Drupal

Bagi pengguna baru yang baru sahaja hendak berjinak-jinak dengan Drupal, gambar di bawah boleh dijadikan panduan untuk anda.

Artikel atau tutorial di atas hanya dipaparkan sebahagian sahaja.
Untuk melihat dan membaca kandungan selanjutnya, sila log masuk ATAU mendaftarkan diri sebagai ahli.

Komen-komen

Kongsikan pandangan, idea dan pendapat anda dengan ahli komuniti
hanzahar's picture

wah complex giler... huhu...

dah berbulan2 layan ni benda masih tk pandai2 )=

anyway nk share benda ni posted dari drupal nye founder

masya Allah

http://buytaert.net/sites/buytaert.net/files/images/blog/space.jpg

parasolx's picture

hehehe.. lengkung tuh sebenarnya tidak la terlalu complex.. tp itu sekadar analysis yang aku buat based pada newbie yang mmg xde langsung asas dalam pembangunan laman web.. walaupun HTML.. jadi lengkung tu agak besar..

sekiranya untuk pengguna yang sudah ada sedikit asas dalam hal-hal berkaitan laman web, lengkung tersebut akan menjadi semakin kecil dan mungkin boleh menjadi "flat". dia bergatung kepada tahap kemahiran dan jumlah masa yang diambil.. semakin tinggi kemahiran, faktor masa akan menjadi semakin kecil dan boleh menguasai Drupal dalam masa yang singkat.

kmal_kedah's picture

cam mana nk join drupal nie.....cam best je

parasolx's picture

senang jer.. install dahulu server dalam komputer, kemudian follow step-by-step tutorial kat sini: http://www.kripkornstudios.com.my/asasdrupal/pengenalan-drupal1

baca sampai abes semua tutorial yang ada. sambil baca try buat sendiri kt localhost. walaupun tutorial belum lagi siap sepenuhnya, tp dah cukup dah untuk sesi pengenalan kepada drupal.

kalu stil llagi confius, boleh kunjungi bahagian forum dan hantarkan sebarang persoalan di ruangan Drupal. itu sahaja.

blogger_boy's picture

huhuhu aku rasa jauh lagi aku nk jadi pengguna mahir tuh