18%
25%
50%
75%

Kripkorn Studios | Komuniti Drupal phpBB Malaysia

10 sebab memilih Drupal untuk CMS

Tutorial
Konsep Drupal
Tentang artikel ini
Penulis: parasolx -- May 14, 2009
kemas kini Kemas kini: May 03, 2012

Berikut merupakan sepuluh (10) sebab mengapa anda perlu dan harus untuk memilih Drupal sebagai Sistem Pengurusan Kandungan (Content Management System, CMS) anda berbanding sistem-sistem lain yang dikategorikan sebagai sumber terbuka (Open Source):

Penguasaan URL sepenuhnya

Drupal memberikan anda penguasaaan URL yang lebih jitu dan sepenuhnya. Setiap item di dalam Drupal ("Nodes") boleh dilakukan kepelbagaian terhadap URLnya ("URL alias"). Anda boleh menetapkan supaya struktur URL dibina secara automatis untuk setiap jenis kandungan yang berlainan menggunakan modul Pathauto.

Manakala modul Global Redirect secara automatis akan membawa sebarang laman mempunyai ralat 301 ke laman yang hampir dan berkaitan di dalam keseluruhan laman. Berbanding sistem pengurusan yang lain, Drupal berupaya untuk menghasilkan alamat URL yang lebih sempurna mengikut kemahuan pengguna

Kepelbagaian jenis kandungan (Content type) dan paparan (Views)

Gabungan modul Content Construction Kit (CKK) dan modul Views membolehkan anda menghasilkan satu paparan buatan sendiri dengan memasukkan paparan tahap tinggi dan kompleks tanpa sebarang PENULISAN aturcara. Anda boleh hasilkan seberapa banyak laman buatan sendiri dan setiap satunya berlainan antara satu sama yang lain. Berbanding sistem pengurusan lain, penghasilan kepelbagaian setiap laman memerlukan penulisan aturcara, tetapi dengan Drupal bagi anda yang langsung tiada pengetahuan tentang aturcara juga boleh lakukannya.

Pengurusan revisi (Revision)

Drupal memberikan anda satu kelebihan iaitu Revisi. Setiap laman yang diubah suai dari yang asal akan disimpan sebagai rujukan dan boleh dikembalikan semula kandungan sebelum diubah suai sekiranya perlu. Jadi, tidak perlu risau sekiranya laman mempunyai ramai penulis dan ralat yang berlaku terhadap kandungan boleh dikembalikan seperti sedia kala

Taksonami (Taxonomy)

Kekuatan pengurusan Drupal terletak pada kebolehannya menguruskan kandungan ke dalam setiap kategori dan tag. Setiap taksonami ini dipecahkan kepada "Vocabulary" yang boleh digunakan untuk jenis-jenis kandungan tertentu. Setiap elemen tag boleh dilakukan secara bebas (free tagging) seperti Wordpress.

Keupayaan Taxonomy juga bukan sahaja digunakan sebagai tag, tetapi bertindak sebagai kategori-kategori untuk setiap kandungan. Selain itu, Taxonomy juga boleh dipaparkan secara hierraki bagi memudahkan proses kenal pasti untuk satu-satu tag/kategori.

mad