Mulakan tutorial ini dengan mengakses ke bahagian ini: ACP > Users and Groups.
Perhatikan terdapat 6 pautan pada sub tab "Users" iaitu:
- Manage users: membolehkan admin menguruskan profil untuk pengguna tertentu
- Inactive users: menyenaraikan pengguna-pengguna belum mengesahkan keaktifannya melalui sistem pengesahan email
- Users' permissions: sudah dibincangkan
- Users' forum permissions: sudah dibincangkan
- Custom profile fields: menambahkan ruangan tambahan yang akan diisikan oleh pengguna sebagai maklumat tambahan
- Manage ranks: sudah dibincangkan
Memandangkan beberapa perkara sudah dibincangkan sebelum ini, maka saya tinggalkan untuk anda kembali melatih diri dengan ingatan anda. Jadi hanya yang berwarna merah sahaja akan saya bincangkan di sini.
Manage users
Bahagian ini membolehkan pihak pengurusan menguruskan segala maklumat mengenai pengguna tertentu yang berdaftar dalam forum. Segala maklumat seperti profil, tetapan, avatar dan tanda tangan pengguna boleh dikonfigurasikan secara manual oleh pihak pengurusan.
Mulakan langkah dengan menggunakan tetingkap carian untuk mendapatkan nama pengguna atau boleh terus masukkan nama pengguna tersebut.

Paparan secara umum pengguna ini akan dipapar. Akan terdapat satu pilihan di bahagian atas kanan untuk kita mengakses segala profil pengguna mengikut kategori yang berkaitan seperti ini:

- Overview: memaparkan maklumat pengguna secara ringkas, alamat email dan penukaran kata laluan
- Feedback: sekiranya forum anda mempunyai bilangan pengurus (admin) lebih dari satu, bahagian ini akan menjadi rujukan kepada pengurus yang lain jika anda ingin meninggalkan komen mengenai pengguna ini
- Profile: profil atau maklumat lengkap mengenai pengguna
- Preferences: tetapan forum secara umum spesifik kepada pengguna tersebut
- Avatar: tetapan avatar pengguna ini
- Rank: tetapan pangkat kepada pengguna ini
- Signature: tetapan tanda tangan pengguna
- Group: senarai pengelasan kumpulan pengguna ini
- Permissions: senarai tetapan kebenaran untuk pengguna ini
- Attachment: senarai muat naik semua lampiran yang dilakukan oleh pengguna ini
Inactive users
Bahagian ini menguruskan senarai pengguna yang belum lagi diaktifkan sama ada pengguna tersebut belum lagi validasi email atau keaktifan akaunnya telah digantung sama ada oleh pihak pengurusan.
Setiap pengguna yang ditanda boleh dijalankan 3 pilihan sama ada diaktifkan kembali, dibuang atau dihantar kembali peringatan untuk menvalidasikan email mereka.

Custom profile field
Saya paling suka bahagian ini kerana phpBB membolehkan anda menyediakan sebarang ruangan kemasukan data secara bebas. Mungkin anda ingin menambah ruangan tambahan maklumat seperti jantina, umur, makanan kegemaran dan semua ini boleh dilakukan dengan mudah tanpa perlu sekali pun mengubah pengaturcaraan utama phpBB.
Sebelum itu, anda perlu memilih jenis ruangan yang ingin dibuat dan setiap jenis ruangan ini mempunyai tetapannya tersendiri. Saya hanya akan tunjukkan satu contoh sahaja. Katakan kita ingin menyediakan satu ruangan supaya pengguna memasukkan tarikh bermula bekerja.
Dibahagian ruangan, masukkan "Tarikh Mula Bekerja". Oleh sebab kita mahukan pengguna memasukkan tarikh, maka pilihan "Date" akan menjadi sasaran. Seterusnya klik "Create New Field".

Sekarang anda akan dibawa ke bahagian penetapan untuk ruangan ini. Dibahagian ini sangat penting kerana anda perlu memasukkan data-data dan pilihan untuk ruangan ini.
Dibahagian yang paling penting ialah "Field identification". Pastikan anda tidak menggunakan sebarang perkataan dengan ada ruangan (space) sebaliknya gantikan dengan garis bawah (underscore "_").
Lain-lain tetapan seperti kemunculan ruangan ini di bahagian mana boleh anda tentukan sendiri. Bagi memudahkan pengguna, masukkan sedikit penerangan untuk ruangan yang akan kita cipta ini.
Setelah semuanya selesai, klik "Profile type specific options" untuk kebahagian tetapan yang lebih spesifik.
Dibahagian ini, tetapan yang lebih spesifik akan dipaparkan. Anda boleh mengubah setiap ruangan ini seperti nilaian asal, saiz ruangan dan minimum aksara yang perlu dimasukkan bergantung kepada jenis ruangan yang kita pilih pada awalan tadi.
Jika semuanya selesai, klik butang "Save" dan inilah hasil yang saya dapat.

Anda boleh mencuba dengan menggunakan jenis ruangan yang lain sebagai latihan persendirian.



Kemas kini: Dec 27, 2011