18%
25%
50%
75%

Kripkorn Studios | Komuniti Drupal phpBB Malaysia

Pengubahsuaian "Permission"

Tutorial
Tetapan forum, phpBB 3.x
Tentang artikel ini
Penulis: parasolx -- Feb 24, 2009
kemas kini Kemas kini: Dec 27, 2011

Kita akan sambung kembali tutorial "Permission" ini dengan langkah untuk melakukan pengubahsuaian terhadap kebenaran yang telah disediakan secara asal oleh phpBB mengikut kemahuan kita sendiri.

Jadi seperti yang telah saya terangkan sebelum ini, "Permission" ini dibahagikan kepada beberapa bahagian dan setiap bahagian mempunyai senarai kebenaran yang tersendiri. Untuk proses pengubahsuaian ini, saya akan mulakan dengan bahagian "Permission Roles" yang boleh ditemui melalui ACP > Permission.

Permission Roles

Perhatikan bahawa terdapat 4 peranan yang telah disediakan secara khusus oleh pihak phpBB untuk digunakan secara asas oleh semua pengguna iaitu Admin, User, Moderator dan Forum. Setiap peranan ini hanya akan muncul dan memberi kesan sekiranya anda memasuki bahagian aplikasi tertentu. Katakan, jika anda masuk kebahagian tetapan kebenaran untuk pengguna, maka "User roles" akan dipaparkan, jika masuk ke bahagian tetapan kebenaran untuk forum, maka "Forum roles" akan dipaparkan.

Dalam proses pengubahsuaian ini, saya hanya akan tunjukkan contoh pada bahagian "User roles" sahaja manakala yang lain, caranya tetap sama seperti ini cuma berlainan pilihan "Permission" sahaja. Anda boleh mencubanya sendiri. Sila mahirkan dan fahami betul-betul contoh yang saya akan tunjukkan ini.

Sekarang klik pautan pada "User roles" di kiri di bawah kumpulan "Permission Roles". Paparan yang akan anda dapat adalah seperti berikut:

Perhatikan bahawa sememangnya sudah terdapat 5 peranan yang siap sedia ada dan setiap peranan ini mempunyai senarai kebenarannya tersendiri. Anda boleh membaca keterangan yang disediakan bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai peranan yang telah dibuat.

 

Pengubahsuaian "Roles" yang sedia ada

Dalam contoh ini, saya akan gunakan peranan (roles) yang telah sedia ada iaitu "No Avatar" sebagai panduan. Selebihnya anda boleh melakukannya sendiri dikemudian masa. Baiklah, kita mulakan dengan klik butang gear hijau di bahagian kanan (edit).

Paparan berikut akan ditayangkan dan yang penting adalah bahagian ini:

Terdapat 4 tab utama dalam senarai kebenaran ini iaitu Post, Profile, Misc dan Private Messages. Setiap satu tab mempunyai senarai kebenaran yang tersendiri yang telah dikategorikan untuk memudahkan kita mencari kebenaran tertentu.

Perhatikan pada tab "Post" ini, terdapat 5 senarai kebenaran yang terangkum dalam kategori ini. Untuk pilihan setiap kebenaran ini, terdapat 3 pilihan yang boleh dipilih oleh kita iaitu "Yes", "No" dan "Never".

  • Yes: ini membolehkan pengguna menggunakan fungsi kebenaran ini dan mungkin akan terbatal dengan kebenaran yang lain
  • No: pengguna tidak boleh menggunakan fungsi kebenaran ini
  • Never: pengguna TIDAK boleh sama sekali menggunakan fungsi kebenaran ini dan TIDAK akan terbatal dengan mana-mana kebenaran yang lain, maknanya pengguna memang tidak boleh menggunakan kebenaran ini dalam apa jua keadaan sekali pun.

Kembali ke bahagian senarai kebenaran untuk "Post" semula, perhatikan bahawa peranan "No Avatar" ini telah ditetapkan bahawa pengguna tidak boleh menggunakan fungsi lampiran dan menyimpan sebarang draf. Katakan kita juga hendak mengubah bahawa pengguna dengan peranan "No Avatar" tidak boleh menggunakan fungsi tanda tangan dalam forum, maka hanya ubahkan "Can use signature" dari "Yes" kepada "No".

Seandainya anda risau pada kemudian hari, fungsi ini dibatalkan, iaitu dari "No" bertukar kepada "Yes" sekiranya pengguna tersebut telah dimasukkan ke dalam Kumpulan (Group) yang mana mempunyai kebenaran untuk menggunakan tanda tangan, maka anda terus letakkan "Never". Ini akan memastikan bahawa pengguna tidak akan dapat menggunakan fungsi tanda tangan walau dalam apa jua keadaan sekali pun telah dinaikkan pangkat kepada Admin.

Anda boleh melihat-lihat dan mencuba dengan sendiri untuk fungsi kebenaran yang lain tetapi pastikan anda tahu apa yang anda lakukan kerana mungkin akan menimbulkan kekeliruan dikemudian hari apabila anda memberikan peranan ini kepada pengguna.

Membuat "Roles" yang baru

Sekiranya anda tidak mahu mengubah peranan-peranan yang telah sedia ada, boleh sahaja membuat peranan anda sendiri mengikut cita rasa dengan senarai kebenaran yang berlainan.

  1. Kembali ke bahagian "User roles"
  2. Masukkan nama peranan yang baru dibahagian ruangan di bawah senarai tersebut.
  3. Anda boleh mengambil sampel data dari peranan-peranan yang telah dibuat dengan klik pilihan jatuh.
  4. Kemudian klik "Submit"
  5. Seterusnya, masukkan sedikit penerangan di bahagian "Role description" bagi memudahkan anda untuk mengenal pasti tujuan peranan tersebut.
  6. Kemudian, mula lakukan penetapan senarai kebenaran satu per satu dari satu tab ke tab yang lain sehingga selesai dan menetapi kehendak anda.
  7. Akhirnya, klik "Submit" dan anda telah berjaya menghasilkan satu peranan yang baru untuk digunakan kepada pengguna.