Tetapan forum, phpBB 3.x Tentang artikel ini
Penulis: parasolx -- Feb 23, 2009
Kemas kini: Dec 27, 2011
Sebelum ini kita telah mengikut tutorial mengenai membuat forum. Seterusnya kita akan belajar langkah-langkah untuk melakukan pengubahsuaian terhadap forum yang telah dibuat sebelum ini.
Memasukkan ikon forum
Ikon forum merupakan fungsi tambahan yang sedia ada di dalam phpBB. Ia akan memaparkan ikon bersebelahan dengan tajuk forum tersebut untuk menaikkan seri forum anda lagi.
Ikon forum ini hanya akan dipaparkan bagi FORUM sahaja dan tidak untuk KATEGORI. Sekiranya anda melakukan perkara yang sama kepada kategori, maka tiada kesan yang akan dilihat. Jadi kita bermula.
- Masuk ke ACP > Forums
- Jika terdapat kategori yang telah dibuat, pastikan anda masuk ke dalam kategori tersebut dahulu dan pilih forum yang yang hendak diubahsuai. Dengan mengambil contoh sebelum ini, oleh kerana "Bahasa Pengaturcaraan" merupakan kategori, maka terlebih dahulu masuk ke dalam kategori tersebut. Sekarang terdapat 3 senarai forum di dalam ini.
-
Klik butang gear yang berwarna hijau pada sebelah kanan senarai forum tersebut.

- Anda akan dibawa ke bahagian yang sama semasa "Create New Forum". Perkara pertama yang perlu dipastikan ialah pada "Forum type". Sekiranya "Forum" maka teruskan tutorial ini, sekiranya "Category" maka sila mulakan semula tutorial ini.
- Lihat pada ruangan "Forum image", terdapat satu ruang yang perlu diisi. Ada 2 cara sama ada ikon dimuat naik ke dalam server sendiri atau dari pautan mana-mana laman web.
-
Muat naik ke dalam server sendiri
- masuk ke dalam server anda menggunakan FTP.
- masuk dalam folder "images/".
- saya cadangkan anda hasilkan satu folder baru, katakan "forum", dan masuk ke dalam folder tersebut.
-
kemudian muat naikkan ikon tersebut ke dalam folder ini. Contoh:

-
kembali ke bahagian ubah suai forum tadi, dan masukkan pautan untuk ikon kita tadi: "images/forum/html.png"

- pastikan anda memasukkan nama fail dan sambungan jenis fail dengan betul, jika tidak ikon tidak akan ditayangkan.
- kemudian klik "Submit".
-
Mengambil pautan dari mana-mana laman web
-
sekiranya anda berminat untuk mengambil ikon dari mana-mana laman web, anda boleh lakukan demikian dengan klik kanan pada ikon tersebut dan salin pautan ikon tersebut.
Nota: cara ini mungkin akan melambatkan forum anda untuk dibuka -
kembali ke bahagian pengubahsuaian tadi dan masukkan pautan dengan menggunakan fungsi "Paste" OS anda.

- klik "Submit".
-
sekiranya anda berminat untuk mengambil ikon dari mana-mana laman web, anda boleh lakukan demikian dengan klik kanan pada ikon tersebut dan salin pautan ikon tersebut.
Hasil yang akhir akan anda dapat adalah seperti di bawah ini. Anda boleh teruskan dengan memasukkan ikon untuk forum-forum yang lain.

Tetapan umum forum (General forums setting)
Bahagian ini merupakan tetapan umum sesuatu forum. Kebanyakan tetapan forum akan dimasukkan di bahagian ini. Setiap tetapan ini adalah khusus untuk forum tertentu sahaja dan bukan melibatkan semua forum.
- Forum status: ini digunakan untuk mengunci atau membuka sesuatu forum. sekiranya dikunci, maka pengguna tidak boleh sama ada menghantar topik atau membalas pos.
-
List subforums in legend: fungsi ini akan menyenaraikan sebarang subforum yang terdapat di dalam forum ini. sekiranya dimatikan, maka tiada sebarang senarai subforum akan disenaraikan.

- List subforum in parent-forum's legend: fungsi ini akan membolehkan forum ini tersenarai pada senarai subforum di bahagian forum SEKIRANYA forum ini terletak di dalam forum lain, dengan erti kata lain, forum ini merupakan subforum.
- Enable post review: fungsi ini membolehkan sistem phpBB sentiasa memeriksa dalam forum ini sekiranya terdapat sebarang topik atau pos terbaru yang dihantar. sekiranya anda mahukan forum ini dijadikan tempat untuk berborak, boleh matikan fungsi ini.
- Enable search indexing: fungsi ini akan membolehkan sistem mengindeks setiap topik dan pos yang dihantar dalam forum ini supaya dapat ditemui dan dirujuk oleh sistem carian. matikan jika forum ini adalah privasi dan bukan untuk tontonan umum.
- Enable topic icon: membolehkan pengguna mengguna fungsi ikon sekiranya mereka ingin menghantar topik terbaru di dalam forum ini.
- Display active topic: fungsi ini akan memaparkan topik-topik hangat yang terdapat di dalam forum ini dalam satu senarai untuk memudahkan pengguna lain mengetahuinya.
- Topics per page: fungsi ini akan menghadkan jumlah paparan senarai topik untuk setiap muka surat. sekiranya nilai "0" (sifar) dimasukkan, maka forum ini akan menggunakan nilai asal komuniti yang ditetapkan.
Tetapan cantasan forum (Forum prune settings)
Kedengaran agak kelakar sedikit bila dialih bahasa tetapi itulah maksudnya. Bahagian ini membolehkan kita mencantas atau membuang topik-topik dan pos-pos dalam forum ini secara automatik. Kebiasaanya tetapan ini digunakan sekiranya forum tersebut merupakan tempat untuk sebarang ujian atau dijadikan tempat untuk berbual (chatting).
- Enable auto-prunning: mengaktifkan fungsi automatik mencantas topik atau pos di dalam forum ini
- Auto-prune frequency, Auto-prune post age, Auto-prune last post viewed age: tetapan jangka masa proses mencantas dilakukan oleh sistem
- Prune old polls: berfungsi sama ada mencantas juga kotak undian yang dibuat di dalam forum ini
- Prune announcements: mencantas topik yang berstatus "Pengumuman"
- Prune stickies: mencantas topik yang berstatus "Penting/Sticky"
Tetapan peraturan forum (Forum rules)
Sekiranya anda ingin memasukkan peraturan atau undang-undang mengenai forum, sila masukkan dibahagian "Forum rules". Anda boleh menggunakan BBCode dibahagian ini sekiranya dibenarkan fungsinya.
Sekiranya terdapat mana-mana forum yang sudah mempunyai peraturan dan anda ingin menggunakannya untuk forum ini, hanya masukkan dibahagian "Link to forum rules" iaitu pautan untuk forum tersebut dan bukannya topik.
Langkah terakhir
Sekarang kita sudah selesai menetapkan dan mengubahsuai semua forum-forum kita. Sepanjang 2 tutorial ini iaitu "Membuat forum" dan "Pengubahsuaian forum", sekiranya anda membuka forum anda, akan tertera notis bahawa tiada forum yang telah dibuat sedangkan dibahagian ACP kita sudah selesai membuatnya.
Ini adalah kerana kita masih belum menetapkan "Permission" atau "fungsi kebenaran" kepada siapa untuk forum tersebut dapat diakses. Jadi teruskan dengan tutorial seterusnya, "Permission".



Komen-komen
First pos tu bukan spam ke..? rasanya spam tu..