Kebenaran (Permission) Tentang artikel ini
Penulis: parasolx -- Apr 09, 2009
Kemas kini: Mar 02, 2012
Sekarang kita beralih kepada pengaplikasian "Permission" kepada pengguna. Pada tutorial ini, anda akan dapat menetapkan kebenaran kepada pengguna tertentu sahaja.
Penetapan ini hampir sama dengan tutorial sebelum ini tetapi yang berbeza melalui cara ini, anda boleh tetapkan kebenaran untuk pengguna tersebut untuk kebenaran sebagai pengguna biasa, Moderator dan Administrator. Bahagian ini menyediakan ketiga-tiga penetapan "Permission" untuk tiga jenis peringkat kebenaran sekaligus.
Akses penetapan ini: ACP > Permissions > Global Permissions > User's permissions.
Seterusnya, anda perlu mencari pengguna tertentu untuk kita tetapkan kebenarannya. Klik pautan "Find a member" dan seterusnya klik "Select". Selepas nama pengguna tersebut dimasukkan ke dalam ruangan kosong, klik butang "Submit"
Paparan ini akan ditayangkan:
Perhatikan pada "Select type", terdapat 3 pilihan jenis kebenaran untuk ditetapkan iaitu:
- User permission: penetapan kebenaran sebagai seorang pengguna biasa.
- Global moderator permission: penetapan kebenaran sebagai seorang Moderator
- Administrator: penetapan kebenaran sebagai seorang Pengendali
Sekiranya anda ingin menetapkan kebenaran Moderator untuk pengguna ini, pertama sekali pilih "Global moderator permission" kemudian klik butang "Go". Seterusnya pilih sahaja jenis kebenaran yang ingin anda berikan kepada pengguna ini.
Untuk setiap jenis kebenaran, pastikan anda klik dahulu "Apply all permissions" sebelum memilih jenis penetapan kebenaran yang lain. Jika tidak kebenaran tersebut tidak akan diaplikasikan.
Itu sahaja. Mudah dan senang.


