Sudahkah anda memahami "Permission" dengan sedalam-dalamnya pada tutorial sebelum ini? Jika belum saya sarankan supaya anda kembali ke tutorial sebelum ini dan hantarkan sebarang komen atau pertanyaan pada artikel tersebut atau pun dibahagian KOMUNITI. Kami akan membantu anda untuk lebih memahaminya.
Sekiranya anda sudah faham dan jelas mengenai "Permission", maka kita akan teruskan dengan proses mengaplikasikan atau menggunakan peranan kebenaran tersebut kepada sistem phpBB.
Untuk memudahkan anda, saya telah bahagikan tutorial pengaplikasian "Permission" ini kepada 4 iaitu:
- Forum
- Moderator
- User
- Group
Setiap satu bahagian, keadaannya hampir sama tetapi memainkan peranan yang berlainan dan terpenting. Dalam tutorial seterusnya ini kemungkinan anda akan berasa agak keliru sekiranya penerangan yang saya berikan mungkin agak terputar belit sedikit tetapi saya akan cuba untuk menerangkan segalanya dalam bahasa yang paling mudah.
Sesetengah "term" atau frasa yang saya gunakan mungkin agak kelihatan kelakar tetapi itulah cara terbaik supaya proses pembelajaran kita tidak kelihatan bosan.
Jadi sekiranya anda sudah bersedia, teruskan dengan tutorial pengaplikasian "Permission" kepada forum.



Kemas kini: Dec 27, 2011