Kebenaran (Permission), phpBB 3.x Tentang artikel ini
Penulis: parasolx -- Feb 22, 2009
Kemas kini: Dec 27, 2011
Dalam bahagian tahap kedua ini, akan akan didedahkan dengan tutorial menggunakan fungsi terpenting iaitu membuat forum dan mengaplikasikan fungsi "Permission" kepada keseluruhan sistem phpBB.
Selesai sahaja peringkat kedua ini, anda sudah dapat melihat rangka keseluruhan forum anda. Sekiranya anda begitu faham dan semestinya faham dengan tutorial peringkat kedua, baru berganjak ke bahagian tahap ketiga. Jika tidak anda akan mengalami sedikit kesukaran dalam proses memahami keseluruhan sistem phpBB.
Pendedahan awal kepada "Permission"
Dalam phpBB, sistem kebenaran dan tetapan kepenggunaan agak kompleks sedikit untuk difahami kerana sifatnya yang lebih menyeluruh dan terlalu spesifik sehinggakan setiap "permission" diaplikasikan kepada setiap pengguna.
Kebanyakan sistem pengurusan papan buletin tidak terlalu menekankan kepada fungsi "permission" ini. Walaupun sistem ini serba sedikit dimuatkan, tetapi kebanyakkannya sistem tersebut dilakukan secara pukal, iaitu diaplikasikan kepada satu kumpulan sahaja.


