Antaramuka ACP kumpulan
Ini merupakan antaramuka bahagian ACP yang melibatkan kumpulan dan beberapa pautan kecil (sub tab) untuk kumpulan. Setiap satu sub tab memainkan peranan yang penting iaitu kebenaran atau "permission". Untuk antaramuka pula, terdapat satu bahagian kumpulan yang boleh diubah, dikemas kini dan dibuang senarai kumpulan dan satu bahagian lagi telah terkandung secara asal semasa pemasangan phpBB di awal lagi.

Membuat kumpulan baru
Langkah pertama untuk membuat kumpulan baru hanya dengan menulis nama kumpulan tersebut dalam ruangan kosong "Create new group". Selepas itu klik butang "Submit".
Seterusnya anda akan dibawa ke bahagian penetapan maklumat untuk kumpulan. Berikut merupakan antara tetapan yang disediakan.
Group Details
- Group name: nama kumpulan ini
- Group description: sedikit huraian berkaitan dengan kumpulan ini
-
Group type: jenis kumpulan ini.
- Open - membolehkan sesiapa sahaja masuk dalam kumpulan ini tanpa pengesahan dari admin
- Request - pengguna perlu memohon untuk memasuki kumpulan ini dan selepas disahkan barulah pengguna tersebut menjadi salah seorang ahli dalam kumpulan ini
- Closed - kumpulan ini merupakan kumpulan tertutup dan hanya admin sahaja boleh memasukkan ahli-ahli
- Hidden - kewujudan kumpulan ini disembunyi dan tiada sesiapa mengetahui akan kewujudannya melainkan admin
- Copy permission from: menyalin tetapan kebenaran dari kumpulan lain yang sedia ada
Group wide settings
- Founder manage only: membolehkan ketua kumpulan (leader) mengambil alih tugas admin dalam melakukan pengesahan terhadap permohonan kemasukan ahli baru
- Display group in legend: menyenaraikan kumpulan ini di bahagian indeks
- Group receive private message: semua ahli kumpulan boleh menerima mesej peribadi secara pukal dari sesiapa sahaja
- Group color: menentukan warna nama pengguna ahli-ahli di dalam kumpulan
- Group rank: pangkat untuk sesiapa sahaja yang memasuki kumpulan ini
Group avatar
Tetapan ini membolehkan setiap ahli dalam kumpulan mempunyai avatar asal (default). Avatar ini akan kekal sehinggalah ahli dalam kumpulan mengubahnya secara manual di bahagian User Control Panel (UCP) masing-masing.
Setelah selesai memasukkan semua tetapan, klik sahaja butang "Submit" dan satu kumpulan baru telah dihasilkan.
Fungsi-fungsi seterusnya
Selepas kumpulan baru ini dihasilkan, anda akan dapat melihat penyenaraian kumpulan pada bahagian atas seperti ini.

Sekiranya anda ingin mengubah semula setiap tetapan yang kita lakukan sebelum ini, anda boleh klik pada pautan "Settings".
Sekiranya untuk membuang kumpulan ini, klik pada pautan "Delete".
Sekiranya ingin menambah atau memasukkan ahli yang baru ke dalam kumpulan ini, klik sahaja butang "Members".
Memasukkan ahli baru ke dalam kumpulan
Anda akan dibawa ke ruangan yang baru dimana satu bahagian (atas) adalah penyenaraian ahli-ahli dalam kumpulan dan bahagian bawah adalah kekotak pilihan untuk memasukkan ahli-ahli yang baru.
Untuk memasukkan ahli baru, anda boleh gunakan fungsi kekotak carian (Find a member) atau hanya menulis nama ahli-ahli tersebut diruangan yang tersedia itu.
Fungsi tetapan "Set as group leader", maka ke semua ahli-ahli dalam senarai baru ini akan menjadi ketua kepada kumpulan ini dan mempunyai kuasa untuk mengambil alih tugas daripada admin dalam proses pengesahan ahli baru.
Sekiranya anda mahukan menjadikan ahli-ahli ini sebagai ahli kumpulan tetap, pastikan pilihan "Set as default group" ditandakan. Pilihan ini akan menyebabkan ahli-ahli tersebut menerima setiap tetapan dari kumpulan ini seperti warna nama pengguna dan avatar di dalam forum. Sekiranya tidak ditandakan, maka hanya senarai nama sahaja dimasukkan tetapi tidak diaplikasikan semua tetapan kumpulan kepada ahli-ahli.
Seorang ahli kumpulan hanya boleh menjadi ahli kumpulan tetap untuk satu kumpulan sahaja. Sekiranya terdapat banyak kumpulan, tetapan kali terakhir untuk ahli yang sama dalam kumpulan berlainan akan diaplikasikan kepadanya.



Kemas kini: Dec 28, 2011