Proses Pemasangan Drupal pada Localhost
Perkara yang anda perlukan sebelum membuat proses pemasangan ini adalah:
1. Server PHP + Apache + MySQL. Rujuk di sini jika anda belum mempunyai.
Nota: Pastikan anda menggunakan PHP5 dan MySql version 5 untuk mengelakkan sebarang masalah.
2. Drupal Core - muat turun di sini. Dapatkan versi Drupal yang terbaru.
Nota : Semasa artikel ini ditulis, versi drupal adalah 6.10
3. Perisian untuk membuka fail .tar.gz Sila muat Winrar untuk memudahkan kerja anda.
Langkah-langkah Pemasangan Drupal
Berikut adalah langkah-langkah untuk memasang Drupal di dalam komputer anda atau lebih senang dipanggil "localhost".
- Extractkan fail Drupal anda. Lihat gambar dibawah untuk membantu anda.
[img_assist|nid=278|title=|desc=|link=none|align=none|width=297|height=354] - Klik kanan pada fail Drupal, dan pilih Extract to drupal 6.10
- Anda akan perhatikan satu direktori bernama "Drupal 6.10" akan dihasilkan
- Buka direktori itu dan anda akan dapat melihat satu lagi direktori Drupal 6.10
- Salin direktori tersebut atau pindah ke dalam server anda iaitu samada di dalam direktori "www" (jika anda menggunakan Wamp) atau "htdocs" (jika anda menggunakan xampp)
[img_assist|nid=279|title=|desc=|link=none|align=none|width=337|height=159] - Ubah nama "drupal 6.10" kepada nama lain yang anda inginkan (sekiranya perlu). Dalam tutorial ini kita akan mengambil nama "websaya" sebagai contoh.
[img_assist|nid=280|title=|desc=|link=none|align=none|width=345|height=155] - Pastikan server wamp anda telah dijalankan. Anda boleh pastikan dengan melihat icon pada bawah kanan skrin anda.
[img_assist|nid=118|title=|desc=|link=none|align=none|width=193|height=160]
Nota: Jika icon tidak kelihatan sila pergi Start > Program > Wamp Server > Start Wamp Server (Jika anda menggunakan wamp dan juga Windows XP) - Buka pelayar web anda, dan tuliskan alamat berikut: http://localhost/websaya
- Jika anda mendapat paparan berikut, anda telah hampir siap untuk proses pemasangan Drupal.
[img_assist|nid=281|title=|desc=|link=node|align=none|width=295|height=173] - Sebelum anda teruskan proses pemasangan ini, anda perlu terlebih dahulu membuat pangkalan data yang baru kerana drupal tidak mempunyai koding untuk membuat pangkalan data baru.
Nota: oleh itu kita akan membuat database menggunakan phpmyadmin - Tuliskan alamat berikut pada pelayar web anda: http://locahost/phpmyadmin
- Pada ruangan "create new database", cipta satu pangkalan data baru. Dalam tutorial ini, kita akan menggunakan "websaya" sebagai contoh.
[img_assist|nid=282|title=|desc=|link=none|align=none|width=300|height=382] - Kemudian klik "create"
Nota: Anda boleh menggunakan pangkalan data yang sudah ada, tetapi saya sarankan agar anda menggunakan pangkalan data baru agar memudahkan proses pembelajaran. - Setelah selesai membuat pangkalan data, kita berbalik pada laman Drupal yang tadi semula.
- Pilih "Install Drupal in English".
- Mesej berikut akan terpapar:
[img_assist|nid=283|title=|desc=|link=node|align=none|width=304|height=116] - Dalam direktori "websaya", cara direktori yang bernama "sites/default".
(www/websaya/sites/default/) - Anda akan dapati terdapat satu fail yang bernama default.settings.php. Buat satu salinan untuk fail tersebut dan ubahkan nama fail tersebut kepada settings.php. Pastikan bahawa di dalam folder "sites/default" terdapat 2 fail iaitu default.settings.php dan settings.php.
- Kembali ke laman pemasangan Drupal tadi semula dan klik refresh (F5).
- Jika anda mendapat paparan berikut, anda telah berjaya untuk membuat proses pemasangan.
[img_assist|nid=284|title=|desc=|link=none|align=none|width=454|height=401] - Pada ruangan ini, masukkan maklumat seperti ini:
Database Name: websaya
Database Username: root (ni adalah nama pengguna yang asal, jika anda telah membuat pindaan, sila masukan nama pengguna tersebut.)
Database password: kata laluan untuk database anda. Jika tiada kata laluan, biarkan kosong. - Klik Save and Continue.
Nota: Jika anda dipaparkan dengan skrin yang sama, iaitu Database configuration anda boleh lakukan cara dibawah. (Ralat bagi Drupal yang biasa dialami oleh pengguna)- Pada file settings.php terdahulu, klik kanan dan open with Wordpad atau Notepad.
- Cari perkataan dibawah ini
$db_url = 'mysql://username:password@localhost/databasename';
dan ubahkan kepada ini
$db_url = 'mysql://root@localhost/websaya'; - Simpan.
- Refresh atau F5 pelayar web anda.
- Anda akan mendapat paparan berikut jika tiada sebarang masalah:
[img_assist|nid=285|title=|desc=|link=node|align=none|width=362|height=141][img_assist|nid=286|title=|desc=|link=node|align=none|width=358|height=196]
- Isikan ruangan
- Site Name
- Site email address
- Bahagian administrator
- Klik Save and Continue.
- Jika anda mendapat paparan berikut, anda dah berjaya memasang Drupal dengan sempurna.
[img_assist|nid=287|title=|desc=|link=node|align=none|width=474|height=79] - Anda sekarang boleh mencapai laman web Drupal tersebut dengan menggunakan URL dibawah:
http://localhost/websayaNota: Jika anda mendapat paparan tentang warning.mail seperti dibawah, abaikan kerana ia tidak menganggu fungsi Drupal dan ralat ini biasa muncul sekiranya dilakukan di localhost.
[img_assist|nid=290|title=|desc=|link=node|align=none|width=481|height=110]


