Tutorial
Pemasangan D6 Tentang artikel ini
Penulis: kripkorn -- Feb 28, 2009
Kemas kini: Jul 20, 2011
Pemasangan D6 Tentang artikel ini
Penulis: kripkorn -- Feb 28, 2009
Kemas kini: Jul 20, 2011
Ruangan "Content Management"

"Content Management" pada asalnya dibahagikan kepada 6 sub bahagian yang lebih kecil iaitu:
- Comments: Lihat, ubah dan buang segala komen-komen yang dihantar secara keseluruhan
- Content: Lihat, ubah dan buang segala kandungan-kandungan seperti artikel
- Content types: Menguruskan jenis kandungan dan format bagi setiap kandungan seperti status kandungan, pamer pada laman utama, dan juga susun atur bagi komen
- Post settings: Mengawal segala urusan penghantaran kandungan ke dalam Drupal seperti jumlah patah perkataan pada rumusan (artikel pendek yang mempunyai butang Read more) dan jumlah artikel yang akan dipaparkan pada laman utama.
- RSS publishing: Konfigurasi RSS.
- Taxonomy: Mengendalikan tag, kategori dan membuat susun atur bagi kandungan anda.
Secara ringkasnya, sebarang penetapan yang berkaitan dengan isi kandungan laman web kita, bahagian ini merupakan tempat tuju anda yang pertama.


