Pemasangan D7 Tentang artikel ini
Penulis: parasolx -- Feb 02, 2011
Kemas kini: Dec 13, 2011
Setelah kita memastikan keperluan asas yang diperlukan oleh Drupal untuk ianya berfungsi dengan baik, seterusnya adalah proses pemasangan. Pemasangan D7 adalah lebih kurang sama dengan pemasangan untuk Drupal 6. Perbezaan yang ketara mungkin dapat dilihat adalah antaramuka pemasangan yang lebih ringkas dan bersih.
Pemasangan D7 boleh dilakukan di dua tempat sama ada di localhost (di komputer pengguna) atau terus pemasangan di pelayan pengehosan (yang memerlukan langganan).
Pemilihan untuk pemasangan Drupal 7
Pemasangan di localhost
Penyediaan asas diperlukan untuk pemasangan localhost iaitu anda perlu menjadikan komputer peribadi sebagai pelayan virtual menggunakan perisian pakej seperti XAMPP atau WAMP. Kedua-dua perisian ini adalah Open Source dan boleh dimuat turun secara percuma.
Untuk pemasangan kedua-dua perisian anda boleh merujuk kepada tutorial/artikel yang berasingan. Kita hanya cuba untuk fokus kepada Drupal di bahagian ini.
Untuk melihat dan membaca kandungan selanjutnya, sila log masuk ATAU mendaftarkan diri sebagai ahli.



Komen-komen
saya tidak pernah memasang pada MAC OS sebab xde MAC. tapi kalu sudah boleh install WAMP pada mac, bermakna teknik dan kaedah yang sama sahaja memasang D7 pada WAMP di Windows.
tak banyak perbezaan yang perlu dilakukan.
Memang caranya sama sahaja. Cuma MAC ni tak sama macam XAMPP. Secara default-nya guna Win7 tak perlu ubah file permission kalau localhost. Kalau MAC OS byk kena ubah file permission. Nak install pun jadi susah sebab sistem D7 tak boleh create file bila nk install.
Kalau WP senang sebab sistem WP takperlu ubah file. Kalau sistem Drupal / Joomla susah cket.
Apa2 hal pun terima kasih Parasolx :)
dalam drupal pun tak perlu nak ubah apa2 file kecuali satu file sahaja iaitu settings.php.
jika lihat pada tutorial http://kripkornstudios.com.my/pemasangan-d7/peletakan-dan-penetapan-fail-fail-drupal-7 dibahagian (Penyediaan fail "settings.php") yang perlu buat salinan dan bagi permission.
yang lain prosesnya sama sahaja seperti di Windows.
OK terima kasih bro. Saya cuba buat sekali lagi dengan cara seperti di link tu. Masalah skrg ni bila nk masukkan DB name dan DB pass tu, bila klik utk next jadi macam takde apa2. Bila saya masukkan DB name yg salah, ada kuar error.
Saya cuba buat dulu, nanti ada apa2 masalah lagi sy tanya lagi. TQ :)
bolehkah saya memasang drupal dengan softaculous?
Boleh dan tak menjadi masalah. Pemasangan menerusi softalicious lebih mudah dan semuanya dipasang secara automatis. Cuma perlu periksa versi drupal yang disediakan. Kerana mungkin versi drupal 7 belum dikemaskini menerusi softalicious. Jika sudah ada... Grab je terus.