Sinopsis
Pelayan web (server) merupakan kombinasi antara perisian dan perkakas yang dibina untuk menyediakan servis kepada pengguna. Sekiranya ianya digunakan persendirian, maka ianya lebih dikenali dengan komputer.Sekiranya dimuatkan dengan perisian untuk menyediakan servis, komputer boleh bertindak sebagai pelayan. Terdapat pelbagai platform atau jenis pelayan yang boleh dipasang antaranya:
- Apache
- Litespeed
Dalam pembangunan laman web, pelayan merupakan elemen penting kerana ia akan bertindak sebagai penyedia servis dan perkhidmatan kepada satu atau lebih pengguna pada satu masa yang sama. Keupayaan pelayan bergantung kepada spesifikasi perkakasan yang digunakan.
Jenis-jenis Pelayan
Terdapat dua jenis pelayan yang boleh digunakan iaitu:
- Pelayan internet: pelayan yang dihubungkan dengan dunia luaran dan disambungkan terus kepada capaian internet seluruh dunia. Kebiasaanya disebut dengan terma "live server" atau "webhosting".
- Pelayan intranet: capaian kepada pelayan ini hanya terbatas kepada satu-satu kawasan sahaja dan memerlukan kebenaran dari tuan empunya untuk memasukinya. Kebiasannya disebut sebagai "Local Area Network (LAN)"
- Pelayan rumah: pelayan jenis ini hanya terbatas kepada seorang pengguna sahaja. Ianya digunakan oleh kebanyakan pembangun laman web ketika pembikinan web dilakukan bagi proses cuba jaya dan paparan draf sahaja. Kebiasaannya disebut "localhost".
Pelayan Rumah
Dalam proses pembangunan laman web, kita memerlukan pelayan pada komputer kita sendiri sebelum dimuat naik ke palayan internet untuk dipaparkan kepada umum.
Kami menyediakan pilihan untuk para pengunjung mempelajari cara-cara untuk memasang pelayan sendiri iaitu:
- WAMP
- XAMPP



Kemas kini: Feb 25, 2010
Komen-komen
selain dari tu ade lagi tak?
ade lagi perisian yang lain.. mcm Mac OS dia ade perisian server standalone jugak.. cume article ni belum sepenuhnya siap lagi.. kalu sape2 bleh kongsi list URL nanti kita akan update dalam tutorial
apa mksud en muhammad ade lg x tu?
ke mksdnye ade x software lain untuk bt localhost?