18%
25%
50%
75%

Kripkorn Studios | Komuniti Drupal phpBB Malaysia

Include

Tutorial
PHP
Tentang artikel ini
Penulis: kripkorn -- Nov 10, 2008
kemas kini Kemas kini: Aug 12, 2011

Server Side

Anda boleh memasukkan isi kandungan sesuatu fail dalam PHP sebelum pelayan web mambaca koding tersebut dengan menggunakan fungsi include() dan require(). Kedua-dua fungsi ini mempunyai tugas yang sama tetapi berlainan cara untuk mengatasi ralat. Fungsi include() akan memaparkan ralat dan meneruskan koding anda sementara require() akan memaparkan ralat dan menghentikan sebarang koding selepas ralat tersebut.

Kebiasaanya kedua-dua fungsi ini digunakan untuk mencipta header,footer atau isi kandungan yang berulang untuk bilangan laman yang banyak.

Ini akan dapat menjimatkan masa, contohnya jika anda mempunyai 10 laman, anda perlu mengubah setiap satu laman tersebut jika terdapat perubahan pada header anda. Dengan menggunakan fungsi ini, anda hanya perlu mengubah satu fail sahaja, dan kesemua laman tersebut akan berubah.

Fungsi include()

Fungsi include akan mengambil kesemua isi kandungan dalam fail yang dinyatakan.

Contoh:

<html>
<body>

<?php include("header.php"); ?>

<h1>Selamat datang ke Laman web saya</h1>

<p>Sedikit isi kandungan</p>

</body>
</html>

Contoh 2:

Jika anda mempunyai menu yang digunakan untuk kesemua laman web anda, anda boleh menggunakan fungsi ini.

contoh koding dalam fail "menu.php"

<a href="www.kripkornstudios.com/index.php">Laman Utama</a>
<a href="www.kripkornstudios.com/profil.php">Profil</a>
<a href="www.kripkornstudios.com/hubungi.php">Hubungi</a>

Ini koding yang perlu anda letak dalam setiap laman yang memerlukan menu diatas.

<html><body>
<?php include("menu.php"); ?>
<h1>Selamat datang ke laman web saya</h1>
<p>Sedikit isi kandungan</p>
</body>
</html>

Jika anda melihat koding pada setiap laman web anda,koding ini akan dihasilkan.

<html>
<body>
<a href="index.php">Home</a>
<a href="profil.php">Profil</a>
<a href="hubungi.php">Hubungi</a>

<h1>Selamat datang ke laman web saya</h1>
<p>Sedikit isi kandungan</p>

</body>
</html>

Fungsi require()

Fungsi require() adalah sama dengan include(), cuba perbezaannya pada cara ia mengatasi ralat. Dibawah saya masukkan contoh perbezaan antara include() dan require()

Contoh ralat menggunakan include()

<html>
<body>

<?php
include("tiadafail.php");
echo "Selamat Datang!";
?>

</body>
</html>

Paparan ralat bagi include()

Warning: include(tiadafail.php) [function.include]:
failed to open stream:
No such file or directory in C:\home\website\test.php on line 5

Warning: include() [function.include]:
Failed opening 'tiadafail.php' for inclusion
(include_path='.;C:\php5\pear')
in C:\home\website\test.php on line 5

Selamat datang!

Jika anda perhatikan walaupun fail "tiadafail.php" tidak wujud, koding anda masih lagi diproses. Sekarang kita akan melihat contoh require()

<html>
<body>

<?php
require("tiadafail.php");
echo "Selamat datang!";
?>

</body>
</html>

Dan paparan ralat:

Warning: include(tiadafail.php) [function.include]:
failed to open stream:
No such file or directory in C:\home\website\test.php on line 5

Warning: include() [function.include]:
Failed opening 'tiadafail.php' for inclusion
(include_path='.;C:\php5\pear')
in C:\home\website\test.php on line 5

Jika anda perhatikan, koding anda untuk memaparkan "Selamat datang" tidak diproses. Ini kerana dalam fungsi require(); jika fail tidak ditemui, fungsi akan menghentikan pemprosesan koding selepas fungsi tersebut.

Adalah disarankan agar anda menggunakan fungsi require() untuk memasukkan fail-fail yang penting, contohnya seperti header, menu.