Gelung adalah cara syntax dalam PHP untuk melakukan pengulangan sesuatu kod secara berterusan sehingga beberapa koding dimasukkan untuk menghadkan sesuatu pengulangan itu.
Terdapat 4 jenis Gelung dalam PHP iaitu :
- while - gelung ini akan diulang sehingga kesemua syarat-syarat dipenuhi
- do ... while - gelung ini akan diulang sehingga syarat-syarat dipenuhi sama seperti while, tetapi bezanya do akan memproses kod terlebih dahulu dan diikuti pengesahan syarat yang dimasukkan.
- for - gelung akan diulang beberapa kali seperti yang dinyatakan dalam syarat
- foreach - gelung akan diulang untuk setiap elemen-elemen dalam array.
Syntax while
Gelung while akan memproses kod sehingga semua syarat-syarat dipenuhi.
while (syarat){
kod untuk diproses;
}Contoh:
<html>
<body>
<?php
$i = 1; // Nilai awal bagi i disetkan sebagai 1
while($i <= 5) // Syarat untuk gelung diulang adalah apabila i lebih kecil atau sama dengan 5
{
echo "Nombor sekarang ialah " . $i . "<br />"; // Output
$i++; // Nilai bagi i ditambah dengan satu
}
?>
</body>
</html>Gelung di atas akan diulang sebanyak 5 kali sebelum syarat dipenuhi.
Output ialah:
Nombor sekarang ialah 1
Nombor sekarang ialah 2
Nombor sekarang ialah 3
Nombor sekarang ialah 4
Nombor sekarang ialah 5
Syntax do...while
Do...while akan memproses kod terlebih dahulu sebelum syarat diperiksa.
do
{
kod untuk diproses;
}
while (syarat);Contoh:
<html>
<body>
<?php
$i = 0; // Setkan nilai awalan bagi i sebagai 0
do
{
$i++; // Nilai bagi i ditambah dengan 1
echo "Nombor ialah " . $i . "<br />"; // Output
}
while ($i < 5); // Syarat
?>
</body>
</html>Output:
Nombor ialah 1
Nombor ialah 2
Nombor ialah 3
Nombor ialah 4
Nombor ialah 5
Syntax for
Gelung for paling banyak digunakan dalam PHP kerana ianya lebih mudah dan senang.
for (nilai awal; syarat; pertambahn)
{
Kod untuk diproses;
}Contoh di bawah akan memaparkan Hello World! sebanyak 7 kali
<html>
<body>
<?php
for ($i=1; $i<=7; $i++)
{
echo "Hello World!<br />";
}
?>
</body>
</html>Syntax foreach
foreach (array)
{
kod untuk diproses;
}Contoh dibawah akan memaparkan semua elemen dalam array.
<html>
<body>
<?php
$arr = array("satu", "dua", "tiga");
foreach ($arr as $nombor)
{
echo "Nombor: " . $nombor . "<br />";
}
?>
</body>
</html>Output
satu
dua
tiga



Kemas kini: Aug 12, 2011