18%
25%
50%
75%

Kripkorn Studios | Komuniti Drupal phpBB Malaysia

Syntax

Tutorial
PHP
Tentang artikel ini
Penulis: kripkorn -- Oct 20, 2008
kemas kini Kemas kini: Aug 12, 2011

PHP Syntax

Kod dalam PHP mesti bermula dengan <?php dan diakhiri dengan ?>. Kod ini boleh diletakkan di mana-mana sahaja dalam dokumen anda. Disesetengah server, ringkasan bagi PHP dibenarkan iaitu tag permulaan bagi PHP hanyala <?. Walau bagaimana pun, saya sarankan anda menggunakan <?php. Fail PHP kebiasaanya mempunyai tag-tag HTML seperti fail HTML biasa dan mempunyai kod PHP. Di bawah adalah contoh mudah menggunakan PHP.

<html>
<body>
<?php
echo "Hello World";
?>
</body>
</html>

Setiap baris dalam kod PHP mestilah diakhiri dengan semicolon. Semicolon membeza satu set arahan dengan set arahan yang lain. Terdapat dua output dalam PHP iaitu echo dan print. Contoh diatas saya menggunakan echo untuk memaparkan perkataan "Hello World".

Nota : Anda mestilah simpan save PHP dengan format .php, jika tidak, kod PHP tidak akan dibaca.

Komen dalam PHP

Dalam PHP, kita akan menggunakan // untuk membuat komen satu barus atau /* dan */ untuk membuat komen yang mempunyai banyak baris. Contohnya seperti berikut:

<html>
<body>
<?php
// Komen satu baris

/*
  Komen
  Pelbagai
  Baris
*/
?>
</body>
</html>

Komen-komen

Kongsikan pandangan, idea dan pendapat anda dengan ahli komuniti
Dindayattz's picture

cmne nak buat table dlm php???

parasolx's picture

maklumat tambahan mengenai tatacara penggunaan table dalm HTML boleh rujuk kepada tutorial ini: http://kripkornstudios.com.my/html/penggunaan-table

parasolx's picture

guna sahaja kod HTML. tapi pastikan tidak di wrap dalam kod PHP. jika tak kita kena guna syntax echo.

contoh:

<html>
  <body>
    <table>
    <tr><td>kandungan kat sini</td></tr>
    </table>
  </body>
</html>

jika nak masukkan table dalam kod PHP, kena buat mcm ni:

<?php
echo "<table><tr><td>kandungan kat sini</td></tr></table>";
?>
mad